Ahad, 1 Januari 2012

oh HELLO 2012 :)

Selamat tahun baru semua, aku macam tak excited sangat sebab aku da beriya time awal muharram aritu. Okay sila ramai-ramai cakap dalam hati "eee bajet baik la kunun". Seriously mmg aku saja nak bajet ha ha ha ha. Oleh kerana aku tak excited so aku tak ada lah azam tahun baru sebab macam yang aku cakap tadi time awal muharram aritu aku da berazam beriye. And bagi pandangan aku la azam yang di buat time awal muharram lebih terkesan kat hati, aku pun tak tau sebab ape mungkin sebab aku da makin dewasa kot. <--- macam tak ade kena mengena kan.Lagipun aku macam malas da nak buat azam sebab macam tiap-tiap taon same je. Nak blaja rajin2, nak dapat pointer tinggi, nak jadi rajin bla bla bla bla and bla. Kalo da dekat 5 taon lebih asek azam yang sama macam baik tak payah nak beriye berazam kan?

Tapi tapi tapi oleh kerana arini tahun baru aku pun nak gak la mulekan tahun baru ni ngan benda yang baik dan AKU PUN BUAT JADUAL NAK STUDY UNTUK EXAM. Ye aku tau tak payah nak caps lock sgt la sebab orang lain da lame mule study aku baru nak buat jadual. Lepas buat jadual study ni baru aku sedar eh, ada banyak masa lagi la ape nak risau so aku pun saja-saje la buang masa update blog ni HAHAHAHA. See selamat malam tadi aku tak buat azam kalau tak awal-awal lagi da terkubur azam tu.

Selamat tinggal 2011.Even nothing much happen that year but I still believe I had learn many things and I feel soo sad to say goodbye :(. 2011 may not be the best year for me but it's not worst either.
Welcome 2012 please be good to me as 2011 done. And what I'm 23 now???Okay kena beli handbag, seluar slack and balaja make up nampak nye hahaha

Aku tengah suka lagu ni sekarang sebab aku macam perasan ada kaitan ngan aku HAHAHA aku tau aku menjengkelkan tapi lagi sekali aku mmg saje nak buat orang rase menyampah HA HA HA HA

Khamis, 8 Disember 2011

Aku Benci Buat Powerpoint

Oh hai anda semua.Huish nebes betul aku nak update blog ni ha nak taip camno pon da tak ghoti.Tajuk pun bukan main tak educated langsung.Aku bukan ape sem ni aku tak tau la pehal aku macam malas sangat nak update blog ni ha,tiap kali nak update je mesti macam malas.See da dua kali aku mention pekataan malas hemmmm.Idea bukan xde ade je tapi tu la dia dok stay je dalam pale otak,kalo la laptop aku canggih boleh taip gune telepati kan bagus hemm(mengeluh lagi).

Okay da la tu aku nak sambung buat powerpoint.Aku benci powerpoint ni sama taraf ngan aku benci orang yang kutuk aku kat belakang aku.Okay boleh byang kan ironi dye cam ne?

Selasa, 10 Mei 2011

Hai :)

Okaylah aku just nak melaporkan yang aku da abes exam dan its totally sucks. Aku tak tau bape paper pulak aku repeat sem ni. Owh tuhan lindungilah hambamu ini.

Pengajaran yang aku dapat time exam kali ni, tak payahlah nak kagum sangat ngan dak-dak yang dapat dekan ni. Bukan nya dorang pandai sangat pun. Takat bawak toyol pastu dapat A baik tak payahkan. Aku pun bukanlah mulia sangat tak meniru tapi kalo sampai bawak notes copy ayat buku sebijik sebotol melampau la beb. Tah la kadang-kadang aku rase sistem peperiksaan ni tak boleh pakai. Aku tak la completely salahkan budak yang meniru tu, aku paham sume orang pressure nak exam. Kalau tak lulus kena repeat lagi teruk kene extant.

Penat kan jadi student ni. Kalau ade pilihan yang lagi baik for sure sekarang ni aku tak sambung belajar da. Tapi ade ke pilihan lain. Dah lah Linda bersyukur je ngan apa yang ada.

Rabu, 6 April 2011

Senario Wajib Setiap Semester

Aku rasa sepanjang empat semester aku kat UiTM ni mesti aku akan lalu benda yang sama je. Selalu awal sem mesti semangat nak study membuak-buak tapi time tu la jugak lecturer selalu tak masuk kelas, banyak kelas cancel. Ada la dekat 3 minggu sem mula baru kelas mula macam normal. Awal-awal sem salu rilek je dulu tak banyak keja, time ni kalau gi kelas memang semangat salin apa yang lecturer ajar. Tapi time awal-awal ni jugak selalunya time nak abeskan duet ptptn. Memang weekend tak adanya nak melekat kat kolej or rumah sewa asek kuar shoping je manjang.

Masuk pertengahan sem selalunya duet ptptn da tinggal sikit,so aktiviti yang mampu buat time ni tidur ngan tengok tv je la kan. Time ni jugak semangat nak pegi kelas memang tah kemana la kan. Pegi kelas semata nak sain attendance sebab tu aku pegi kelas bawak sebatang pen je, eh?. Semangat konon-konon nak study rajin-rajin nak dapat dekan tak nak malas lagi nak buat sume tutor and assignment lagilah macam da lupa ilang kat mana tah sume semangat berkobar-kobar tu. Tengah sem selalunya da start banyak test ngan kuiz. Satu benda yang aku bersyukur sebab aku pilih kos ni adalah sebab budak-budak dye semua rilek je nak kasi orang tiru ngan meniru. Tak kira lah sape duduk sebelah kau mesti otomatik jadi membe siap tuka-tuka kertas jawapan tapi lepas abes test buat-buat macam tak pernah kenal.

Ujung-ujung sem macam sekarang memang waktu paling kritikal. Memang rasa nak bernafas pun tak sempat okfineakutipu. Semua benda nak kena buat time ujung-ujung sem camni. Time ni la lecturer nak buat kelas ganti, time ni la banyak test, kena siapkan site, kena antar report kena antar assingment, submit final project, kena buat video belakon drama lagi. Fuhh memang aku rase aku berbakat dalam semua benda la kan. Satu benda aku keciwa sangat time ujung-ujung sem camni aku tak dapat da nak tidur kalahkan bayi lagi hemm. Dan AKU DA SEBULAN TAK BALIK SEBAB WEEKEND ADA JE BENDA NAK KENA BUAT CISSS. Tapi kan kan kan walaupun da memang tau tiap-tiap ujung sem memang akan bz tapi still sume benda nak buat last minit, tolong jangan tanya kenapa. Macam sekarang dalam banyak-banyak masa free dari awal sem dulu, sekarang jugak aku pilih nak update blog. Aku memang saja kan kan kan.

Khamis, 27 Januari 2011

Sape Peduli Fasha Da Clash Ngan Jejai, Tomok Nak Kawen Tu Lagi Merunsingkan

sudah la tu ngan orang lagi tua. tak paham la aku kenapa lelaki hensem hot stuff (ok fine kalo ade org cakap tomok x hensem tp dye hot stuff okay sbb kaya hahahaha tp aku rase dye comel je) zaman sekarang ni suke pempuan lagi tua. tapi tomok semoga berbahagia. owh kuciwa





p/s: angap je entry ni sbg tanda aku da bosan sangat tak ade keje.