Khamis, 4 November 2010

Update Untuk Bulan Ini.

Maaflah blog,kau bukan lagi satu keperluan dalam hidup aku sebab tu aku biarkan kau terabai begitu saje. Owh jangan risau facebook aku pun aku da biarkan terabai jugak, da lame rasenye aku tinggalkan kerjaya sebagai stalker berjaya. Maklumlah busy la kate kan.

Hari ni aku baru antar last report aku. Jadi sekarang barulah aku boleh study ngan tenang macam aku nak study pulak kan. Sem ni memang sem berani mati aku. Aku siyes tak mampu nak jadi rajin macam sem lepas. Aku baru habes tiga paper. Dua dari paper tu aku gi redah jawab tak study pape. Lagi satu pulak malam sebelum nye aku baru terkedek-kedek nak buka buku pastu mengelabah cari solan past year. Boleh agaklah kan aku boleh jawab ke tak. Hahaha. Aku ade lagi tiga paper tu pun kalau dapat hidayah aku study la nanti. Effort yang mampu aku buat sekarang hanye tengok solan past year pastu agak-agak bape banyak boleh salah untuk lulus,tutup balik, tengok tv/tido.

Aku hanya berharap pada tuah untuk lulus sume subjek aku sem ni. Sem depan serius aku janji nak jadi rajin. Tolong percaya. Tolonglah.


p/s: kalau lah study tu salah satu bentuk hiburan mesti tiap-tiap sem aku dapat dekan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan