Jumaat, 28 Mei 2010

Si Gemuk Pendek Yang Berputus Asa

seperti yang kite sedia maklum selalunye kalo cuti semester tak sah kalau berat badan tak naek..kalau dalam kes aku bukan takat berat je naek jerawat pun makin betambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan..owh,tekanan..tapi satu perkara yang buat aku sedikit senang hati..orang cakap perempuan yang kurang cantik lebih berpeluang menemui cinta sejati..jadi sekarang saya suda tidak kisah di gelar si gemuk pendek lagi:)

rancangan awal aku cuti sem kali ni nak kuruskan badan..nak diet and jogging sekitar rumah aku setiap kali lepas smyang subuh lah kunun nya..aku pilih mase subuh kerana ketika itu tidak ramai orang jadi kurang lah sedikit rase malu..selepas menyuarakan rancangan aku itu ngan penuh semangat, mak aku mencebik muka dan memperlekehkan cita-cita murni aku tu..sampai hati tak percaya ngan ank sendiri..seperti biase rancangan nak diet tu pastilah tak jadi,sape suro mak aku masak sedap-sedap.. aku tak salah hokay
rancangan nak joging pulak, minggu pertama aku tak berjaya untuk tidak tido lepas subuh, aku bg alasan nak topup tido sebab time exam aritu tak cukup tido..ececey
masuk minggu kedua aku dah tak tahan lagi setiap pagi diperli oleh mak aku,dan bagi membuktikan aku tidak hanya cakap-cakap kosong aku kuatkan semangat ngan berjogging pada pagi selasa itu..dan lepas berlari-lari sebanyak beberapa pusingan aku pun pulang ke rumah dan terus sambung tido..pagi tu bangun tido aku terus tengok cermin..nyata tiada sebarang perubahan,aku masih gemuk seperti biasa..jadi aku menganggap yang berjogging itu tak mampu membantu aku untuk kurus..jadi sampai ke hari ini aku tidak meneruskan cita-cita ku itu lagi..
walaupun telinga agak panas di perli oleh ibu ku dan tidak kurang juga ayahanda ku yang selalu buat-buat tanya ibu ku "eh,mana adik? tak jogging pagi ni"..ohh,panas

ohh ye lupa nak bagi tahu yang aku ni seorang yang cepat berputus ase..memang tak tipu,cepat sangat..nak bukti?

bukti 1:
kalo exam,aku selalu study last minit..aku selalu gelabah bila dapat tahu yang banyak lagi bab yang aku tak cover,maklumlah,lagi sehari nak exam baru bukak buku..jadi pada mulanya aku akan buat-buat semangat baca buku tapi lagi banyak yang aku study lagi banyak yang aku tahu aku tak tahu..paham?maksudnya lagi banyak aku study lagi banyak yang aku tahu yang aku tak tahu..eh,cam xde beza pun ngan penjelasan yang pertama..selepas satu jam berpura-pura rajin aku akan give up lalu menghampiri katil dan tido..owh,barulah hati aku tenang sebab sekurang-kurang nya aku tak tahu ape yang aku tak tahu

bukti 2:
kalo maen game..selalunya kalau da sehari suntuk aku adap satu-satu jenis game itu dan aku masih tak mampu nak hebat and beat high skor sebelumnya,maka aku akan berputus asa dan menganggap yang game tu bodoh and tak best..huh!(aku paling benci maen dinner dash,benci sampai kalau aku nampak game tu dalam laptop sape-sape aku rase nak delete kan je)

bukti 3:
kalau bab pujuk memujuk..aku kalu pujuk orang dua tiga kali tapi orang tu tak jugak berjaya di pujuk,maka selalunya aku akan biarkan aje..owh,aku bizi untuk semua itu, mengerti?

bukti 4:
*malas nak taip

bukti 5:
peristiwa petang tadi..nantilah aku sambung tulis..tibe-tibe malas pula

*ehh,sejak bila aku pandai sambung-sambung entry ni???

to be continued......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan