Isnin, 7 Jun 2010

Selamat Hari Dewasa

tanggal 5 jun lalu sudah genaplah 21 tahun aku berjaya hidup kat dunye ni..yea,aku suda dewasa skrg..aku takde masalah umur makin tua sebab bagi aku, usia?kenape nak berahsia?..bagus gak makin tua ni,makin mngingatkan kite pasal mati..dan 21 tahun bermakna aku dah buley mengundi..tapi awal-awal aku da cakap ngan ayah aku, aku tak nak daftar mengundi,tunggu sampai ade parti yang betul-betul buley buat aku rase selamat baru aku daftar..tahniah malaysia kerana mempunyai belia yang tidak bertanggungjawab seperti saya!

so,macam birthday aku yang sebelum-sebelum ni,family aku mesti akan belikan aku kek..kalau dorang tak nak belikan pun aku akan pakse dorang beli..tapi bufday kali ni aku rase sedikit special dari yang sebelum-sebelum ni..tahun ni semua adik beradik aku ade kat rumah..memanglah dorang balik bukan semata-mata birthday aku (sebab akak aku nak bertunang esoknye) tapi nak rase happy gak..aku rase da lame kitorang tak kumpul skali ramai-ramai camni..jangan salah faham.kami happy family..adik beradik aku selalu je balik kampung tapi nak kumpul sekali semua tu susah,maklumlah masing-masing bizi mngejar hal-hal duniawi dan mnguruskan keluarga masing-masing..lgpun adik beradik aku ramai, 8 orang.

lagi satu yang buat aku teruja dan excited(bukan same maksud ke?),birthday kali ni aku dapat ape yang aku harapkan..owh sangat gembire sampai aku lupa kerisauan result exam aku nak kuar tak lame lagi..

mari doakan aku terus hidup kat dunia ni pada tahun-tahun yang mendatang..memandangkan aku sudah dewasa sekarang,aku kena belajar cara-cara nak behave sebagai orang dewasa.



p/s:mule-mule aku rasa nak upload gambar kek aku dapat,tetibe rase tak jadi sebab aku fikir cam tak de motif je..takat nak tayang gambar kek baek korang bukak blog yang mengambil tempahan kek bukan?

3 ulasan: