Sabtu, 2 Oktober 2010

kesibukan bukan alasan untuk tidak tampak bergaya

Tengok tajuk pun da nampak gah bukan. Aku nak ingat kan awal-awal entry ni bukanlah tips-tips untuk tampak bergaya atau seumpamanya. Entry ni untuk membuktikan yang hidup dalam kesibukan itu sebenarnye bergaya. Tak percaya?? Sila lihat bukti-bukti di bawah.

CONTOH 1 :

paris hilton: linda jom hang out weekend ni. da lame la kite tak lepak sesame.
linda : sory la babe,macam tak bole je.aku kene turun site la weekend ni.

notes: Cube korang ulang dialog aku tu. Ha,tampak bergaya bukan. Tu baru gune ayat turun site belom lagi gune ayat melawat tapak projek.


CONTOH 2

zac efron : eh linda,asal ko da jarang update blog?
linda:aku takde mase la nak pk ayat nk update blog,sibuk pk nak siapkan assignment skang.

notes:ayat educated seperti sibuk siapkan assignment kadang kala bole tampak bergaya bukan.


CONTOH 3

Kita akan jadi sibuk kalo hidup kite banyak komitmen. Tak kire betapa tak gune nye korang di masa silam kalo korang kena tanggung banyak komitmen automatically ko akan jadi bertanggungjawab tetiba. Bila da jadi orang bertanggugjawab sekali lagi automatically ko akan jadi lebih matang. And guess what, matang tu bukankah tampak bergaya.


Da la tu cukup je la tiga contoh. Ni pun amek masa tiga hari aku nak update. Aku memang bz nak mampus sekarang. Owh,aku arap korang jangan salah paham yang contoh-contoh kat atas adalah kata-kata penyedap hati sebab aku terpaksa tanggung banyak komitmen. Tak. Memang tak. Tolong percaya. Ha ha ha(okay tolong jugak percaya ni gelak ikhlas).

2 ulasan:

  1. hahahah.nice.kenape zac efron ngn paris hilton?tade contoh len.

    bijak~suke3

    BalasPadam
  2. nak tambahkan elemen lebih bergaya sbb tu aku gune name dorang.

    BalasPadam