Ye, tu lah name kawan baik saya, Malang.
Kami da berkawan lame.
Pada mulanya saya tak suka dia.
Dia suka susahkan hidup saya.
Dia juga suka bergurau kasar ngan saya.
Tapi sekarang saya sudah boleh terima dia dalam hidup saya.
Walaupun saya masih tidak suka dia tapi saya tiada pilihan lain selain menerima dia dalam hidup saya.
Saya harap suatu hari nanti dia akan jumpa kawan baru dan tinggalkan saya.
Sebab saya tak tau sampai bila saya boleh bertahan ngan dia.
Buat masa sekarang saya masih mampu bertenang dan senyum setiap kali dia bergurau kasar ngan saya.
Selain itu saya juga mahu berterima kasih ngan Malang kerana selalu buat hidup saya kucar kacir.
Baru lah mencabar bukan.
okay linda,chill :))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan