Jumaat, 19 November 2010

All Time Favorite Tv's Series/Show

Sekarang aku sedang bersenang lenang di rumah. Maklumlah orang suda abes exam beginilah kan. Kepada yang belum abes padan muka, hahaha, Rasekan perasaan aku semester lepas. Pasti rase tertekan bukan melihat status teman-teman di facebook menyatakan betapa gembira nya mereka setelah abes exam. la tambah tertekan apabila kalian tak dapat beraya di rumah bukan.hahahaha gelak kan korang lagi skali.

Hasil satu minggu study week dan 3 minggu final exam aku telah berjaya mendownload pelbagai movie mahupun drama. Selain itu aku juga telah berjaya menghafal intisari rancangan television.
Di kala rakan sebaya sedang mengilai drama korea,band korea dan segala-galanya tentang korea aku pula sibuk menggumpul koleksi cerita-cerita mat saleh sebab aku macam berlagak sikit tak nak ikut tren terkini.hahaha. Lagipun macam geli-geli nak rase eksited tengok lelaki muka perempuan da la muka masing-masing sikit lebih kurang pula tu.

Berikut adalah senarai rancangan tv kegemaran aku mengikut turutan.


1. Merlin
Cerita ni memang best gila sebab Merlin tu macam comel je gelabah-gelabah da la humble pula tu. Walaupun Merlin ni ade magic api dye tak riak. Watak prince Arthur tu pun mcam kool sebab dye putera raja so nak tak nak memang nampak kool la kan. So, sesiapa nak mengikuti kisah Merlin ni tak terlambat lagi sebab cerita ni baru sampai season 3.

2. Supernatural
Dulu ini merupakan cerita paling favorite tapi oleh kerana cerita nya sudah makin merepek tetibe si Sam Winchester hidup kembali tapi kehilangan jiwa jadi aku letakan di tangga ke dua. Tapi cerita ini memang dari awal sudah merepek jadi tiada ape yang hendak dihairan kan. Oleh kerana si Jansen Ackles a.k.a Dean Winchester tu terlalu kacak jadi aku terus kan saja mengikuti cerita ini. Kepada sesiapa yang baru hendak berminat dengan cerita ini hentikan saja niat anda kerana cerita ini suda masuk musim ke enam, suda terlalu lambat untuk nak catch up.

3. Greek
Okay aku baru tau tentang kewujudan series Greek ni dan aku agak menyesal sebab macam da terlambat. Cerita ni da nak masuk musim ke empat da jadi tak la berapa terlambat sangat nak catch up. Serius memang best gilos cerita ni, mengisahkan tentang kehidupan pelajar kolej da la cerita ni sweet gilos juga so memang tak rugi la menonton. Cerita ini ade kat tb 2 ari selasa jam 12 malam. Sesiapa yang berminat boleh la menonton sebab yang kat tb tu baru nak masuk season dua kalau tak silap aku.

4. Nikita
[When she was a deeply troubled teenager, Nikita was rescued from death row by a secret U.S. agency known only as Division, who faked her execution and told her she was being given a second chance to start a new life and serve her country. What they didn’t tell her was that she was being trained as a spy and assassin. Ultimately, Nikita was betrayed and her dreams shattered by the only people she thought she could trust]
Pada mulanya aku memandang rendah pada cite ni. Yelah da la hero dye perempuan susah tu nak terima. Tapi tapi tapi Nikita tu merupakan perempuan yang sensitive dan gagah pula tu. Memang kool gila lah dye. Aku rase element yang tambah menarik kan cite ni bile si Nikita tu ade spy, Alex kat dalam Division tu. Sumpah cite ni mmg kool gila lah.

5. American's Next Tops Model
Aku suka tengok rancangan ni sebab ia membuktikan gadis kurang cantik pun mampu menjadi seorang model. Lagipun kalau yang menang memang selalu nya muka tak cantik dan kebanyakan mereka bermuka exotic. Rancangan ini di siarkan di 8tv pada hari ahad jam 11 malam, eh ke 10.30 malam aku lupa la.

6. Project Runway
Aku sanggup menentang seisi keluarga aku semata-mata nak tengok cite ni. Rancangan ni pasal fashion designer yang cuba menghasilkan design mereka yang tersendiri mengikut tugasan yang di berikan. Aku minat rancangan ni sebab di tempat paling jauh dalam hati aku ni ade terdetik hendak menjadi seorang designer tapi memandang lukisan aku yang macam budak sekolah rendah ini jadi aku padamkan saja niat suci aku itu. Rancagan ni ade kat 8tv jugak ari khamis jam 9.30.

7. Hannah Montana

Gelak kan saja aku sebab minat cerita tah hape-hape ni. Tapi cerita ni kelakar okay da la tu sesuai pula ditonton oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Hannah Montana ni da masuk season 4 kalo dan kalau hendak menonton boleh la langgan astro channel Disney. Jika tidak mampu tonton sahaja di 8tv setiap hari ahad jam 10.30 pagi.

8. Gossip Girl
Suara perempuan yang cakap "xoxo" tu comel. Cerita bolah tahan best jugak la, baru nak masuk season 4. Dulu cite ni ade kat 8tv setiap hari isnin jam 10.30 malam. Apahal aku macam banyak kat 8tv je ni baru aku perasan.

9.Ghost Whisperer
Cite ni ade kat 8tv sekarang ganti cite gossip girl. Cite ni memang best bagi aku lah cuma satu je masalah aku,aku takut nak tengok cite ni sorang-sorang. Nak ajak orang laen teman tengok macam ade pulak kan orang suka layan cite ni. Aku malas nak describe cite ni pasal ape. Tengok tajuk pun da boleh tau kan.

10. Biggest Loser
Hah peserta dalam rancangan ni memang mengagumkan. Gilak ah gemuk gedempol boleh kurus slim. Sape tak nak weh kurus. Agak-agak kalau aku masuk rancangan ni boleh kurus tak ek.


oklah sampai sini je lah. Aku malas da nak menaip, nak sambung makan jap.

Khamis, 4 November 2010

Update Untuk Bulan Ini.

Maaflah blog,kau bukan lagi satu keperluan dalam hidup aku sebab tu aku biarkan kau terabai begitu saje. Owh jangan risau facebook aku pun aku da biarkan terabai jugak, da lame rasenye aku tinggalkan kerjaya sebagai stalker berjaya. Maklumlah busy la kate kan.

Hari ni aku baru antar last report aku. Jadi sekarang barulah aku boleh study ngan tenang macam aku nak study pulak kan. Sem ni memang sem berani mati aku. Aku siyes tak mampu nak jadi rajin macam sem lepas. Aku baru habes tiga paper. Dua dari paper tu aku gi redah jawab tak study pape. Lagi satu pulak malam sebelum nye aku baru terkedek-kedek nak buka buku pastu mengelabah cari solan past year. Boleh agaklah kan aku boleh jawab ke tak. Hahaha. Aku ade lagi tiga paper tu pun kalau dapat hidayah aku study la nanti. Effort yang mampu aku buat sekarang hanye tengok solan past year pastu agak-agak bape banyak boleh salah untuk lulus,tutup balik, tengok tv/tido.

Aku hanya berharap pada tuah untuk lulus sume subjek aku sem ni. Sem depan serius aku janji nak jadi rajin. Tolong percaya. Tolonglah.


p/s: kalau lah study tu salah satu bentuk hiburan mesti tiap-tiap sem aku dapat dekan.