Rabu, 6 April 2011

Senario Wajib Setiap Semester

Aku rasa sepanjang empat semester aku kat UiTM ni mesti aku akan lalu benda yang sama je. Selalu awal sem mesti semangat nak study membuak-buak tapi time tu la jugak lecturer selalu tak masuk kelas, banyak kelas cancel. Ada la dekat 3 minggu sem mula baru kelas mula macam normal. Awal-awal sem salu rilek je dulu tak banyak keja, time ni kalau gi kelas memang semangat salin apa yang lecturer ajar. Tapi time awal-awal ni jugak selalunya time nak abeskan duet ptptn. Memang weekend tak adanya nak melekat kat kolej or rumah sewa asek kuar shoping je manjang.

Masuk pertengahan sem selalunya duet ptptn da tinggal sikit,so aktiviti yang mampu buat time ni tidur ngan tengok tv je la kan. Time ni jugak semangat nak pegi kelas memang tah kemana la kan. Pegi kelas semata nak sain attendance sebab tu aku pegi kelas bawak sebatang pen je, eh?. Semangat konon-konon nak study rajin-rajin nak dapat dekan tak nak malas lagi nak buat sume tutor and assignment lagilah macam da lupa ilang kat mana tah sume semangat berkobar-kobar tu. Tengah sem selalunya da start banyak test ngan kuiz. Satu benda yang aku bersyukur sebab aku pilih kos ni adalah sebab budak-budak dye semua rilek je nak kasi orang tiru ngan meniru. Tak kira lah sape duduk sebelah kau mesti otomatik jadi membe siap tuka-tuka kertas jawapan tapi lepas abes test buat-buat macam tak pernah kenal.

Ujung-ujung sem macam sekarang memang waktu paling kritikal. Memang rasa nak bernafas pun tak sempat okfineakutipu. Semua benda nak kena buat time ujung-ujung sem camni. Time ni la lecturer nak buat kelas ganti, time ni la banyak test, kena siapkan site, kena antar report kena antar assingment, submit final project, kena buat video belakon drama lagi. Fuhh memang aku rase aku berbakat dalam semua benda la kan. Satu benda aku keciwa sangat time ujung-ujung sem camni aku tak dapat da nak tidur kalahkan bayi lagi hemm. Dan AKU DA SEBULAN TAK BALIK SEBAB WEEKEND ADA JE BENDA NAK KENA BUAT CISSS. Tapi kan kan kan walaupun da memang tau tiap-tiap ujung sem memang akan bz tapi still sume benda nak buat last minit, tolong jangan tanya kenapa. Macam sekarang dalam banyak-banyak masa free dari awal sem dulu, sekarang jugak aku pilih nak update blog. Aku memang saja kan kan kan.