Memaparkan catatan dengan label beginilah hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beginilah hidup. Papar semua catatan

Rabu, 6 April 2011

Senario Wajib Setiap Semester

Aku rasa sepanjang empat semester aku kat UiTM ni mesti aku akan lalu benda yang sama je. Selalu awal sem mesti semangat nak study membuak-buak tapi time tu la jugak lecturer selalu tak masuk kelas, banyak kelas cancel. Ada la dekat 3 minggu sem mula baru kelas mula macam normal. Awal-awal sem salu rilek je dulu tak banyak keja, time ni kalau gi kelas memang semangat salin apa yang lecturer ajar. Tapi time awal-awal ni jugak selalunya time nak abeskan duet ptptn. Memang weekend tak adanya nak melekat kat kolej or rumah sewa asek kuar shoping je manjang.

Masuk pertengahan sem selalunya duet ptptn da tinggal sikit,so aktiviti yang mampu buat time ni tidur ngan tengok tv je la kan. Time ni jugak semangat nak pegi kelas memang tah kemana la kan. Pegi kelas semata nak sain attendance sebab tu aku pegi kelas bawak sebatang pen je, eh?. Semangat konon-konon nak study rajin-rajin nak dapat dekan tak nak malas lagi nak buat sume tutor and assignment lagilah macam da lupa ilang kat mana tah sume semangat berkobar-kobar tu. Tengah sem selalunya da start banyak test ngan kuiz. Satu benda yang aku bersyukur sebab aku pilih kos ni adalah sebab budak-budak dye semua rilek je nak kasi orang tiru ngan meniru. Tak kira lah sape duduk sebelah kau mesti otomatik jadi membe siap tuka-tuka kertas jawapan tapi lepas abes test buat-buat macam tak pernah kenal.

Ujung-ujung sem macam sekarang memang waktu paling kritikal. Memang rasa nak bernafas pun tak sempat okfineakutipu. Semua benda nak kena buat time ujung-ujung sem camni. Time ni la lecturer nak buat kelas ganti, time ni la banyak test, kena siapkan site, kena antar report kena antar assingment, submit final project, kena buat video belakon drama lagi. Fuhh memang aku rase aku berbakat dalam semua benda la kan. Satu benda aku keciwa sangat time ujung-ujung sem camni aku tak dapat da nak tidur kalahkan bayi lagi hemm. Dan AKU DA SEBULAN TAK BALIK SEBAB WEEKEND ADA JE BENDA NAK KENA BUAT CISSS. Tapi kan kan kan walaupun da memang tau tiap-tiap ujung sem memang akan bz tapi still sume benda nak buat last minit, tolong jangan tanya kenapa. Macam sekarang dalam banyak-banyak masa free dari awal sem dulu, sekarang jugak aku pilih nak update blog. Aku memang saja kan kan kan.

Sabtu, 22 Januari 2011

Decision Maker

its really hard to make a decision when it involved in other people life,yeah everyone knows about it. for me life would gets more easy if we can just stick on one decision but life wont be that easy.

and its going more harder for the choices. its become more worst when you are the second choice and its also really hurt. believe me i had faced its before. and yeah its before I've turn into 20 and and realize its not that bad or worst to be the second choice. at least you had been chosen. maybe that person had hundred or million reason to chose the fist choice but they finally end up to chose you. the person had to overcome that many reason to make a decision in choosing you,how sweet isn't it. cheer your life and looking forward. if its end with happy ending be thankful. and if its not it your turn to choose how you wanna faced it whether to keep blaming cause you are the second choice or just moving on. for me i rather be move on.

for that decision maker i don't have any idea how's the feeling. bout hows hurt you are to let go the things that you most wanted and end up to chose another option. maybe its to many consequence that you had to consider. thanks god i never faced that before. it enough confusing for me to choose between nasi goreng cili padi over kuey teaw tomyam. my favourite dish always being nasi goreng cili padi but for the record i always end up by choosing kuey teaw tomyam. hows ironic it was right?


p/s:maaflah kalo ayat macam budak darjah satu sebab macam da lame tak buat karangan bi. aku rase bukan takat bahase english aku je makin teruk tapi mcam BM pn same t.t

Jumaat, 31 Disember 2010

Menarik Sepanjang 2010

TIADA!!!!

Haha memang plain gile la idup ko Linda. Memang tak de benda yang menarik taon ni. Aku rase aku banyak habis kan taon ni ngan pujuk hati aku yang aku tak salah pilih kos sambung degree. Setelah tiga semester baru la aku macam da boleh terima kenyataan yang kos aku ni memang macam taik. Penat gila, menyusahkan, hitam kan kulit. Tapi best jugak sebab enjoy ape turun site tengah-tengah panas, pegi ukur lot perumahan time bulan puase. Memang nampak bergaya lah weh.

Taon 2010 ni jugak aku rase aku da macam dewasa sikit. Kalau orang kate aku perasan pun aku nak jugak cakap aku da dewase yelah kan da 21 taon.


Taon depan da 22 taon. Ohh tidak 22 taon okay. 22 TAHUN. Dan aku masih tiada hala tuju hidup (T.T)



Happy new year semua. :)



p/s: Azam aku same macam taon lepas. Ape azam aku taon lepas? Same dengan 2 taon lepas. HAHA

Khamis, 8 Julai 2010

Pengalaman Cuti Sekolah Saye 2

juz like before aku akn bercerita tentang pengalaman cuti semester yang lalu.
the true is tak banyak pon yang nk di ceritakan cuz sepanjang cuti kali ni aku duk terperap je kat umah..jadi suri rumah sepenoh mase..dan dan dan jadi suri rumah tu sangat memenatkan dan membosankan..ari-ari kena tolong mak masak,kemas rumah pe sume tu..hesh,tak jadi aku nak bercita-cita jadi suri rumah..jadi sekarang aku da menjadi orang yang tidak bercita-cita semula.

selain itu terdapat juga beberapa peristiwa yang memalukan terjadi kat aku..oleh kerana ia terlalu memalukan jadi tak perlulah diceritakan..

sudah lah aku da malas nak menaip..skrg aku kembali ke dunia yang penuh kepura-puraan semula..cepat lah habis dua taon setengah ni..



p/s:aku sangat tak ade mood nak update sebab aku nga berkabong germany kalah..sotong kurita tu memang celake..tu pon berani lagi predict uruguay menang pasni..memang betol-betol celake.

Rabu, 23 Jun 2010

mulakan semester baru dengan penuh semangat


lebih kurang dua minggu lagi semester baru akan dibuka..okay,aku tak puas hati asal uitm mula sem awal,da la cuti sem kitorang paling lambat..tak adil sungguh.

seperti biasa sebelum bermula nye semester baru aku pasti akan list kan ape azam aku yang baru ..walaupun akhirnye nanti aku sedar yang azam aku ni akan jadi sia-sia tapi sebagai memenuhi kehendak hati dan tabiat aku,aku tetap juga akan berazam.

azam 1:
aku harap semester kali ni aku akan jadi rajin macam semester lepas..tolong jangan suruh aku jadi lebih rajin dari semester lepas sebab aku rasa tu lah tahap kerajinan aku paling maximum..ye,yang study sehari sebelum exam and malam sebelum exam selalunya aku tido lambat,yang buat report ala kadar(yang penting aku buat dari orang lain yang selfish harap ahli grup yang lain je bertungkus lumus buat),yang tak rajin nak buat tutor(aku nak buat tapi aku tak paham,kalau paham sure aku buat.siyes!),yang pinjam assignment orang lain(aku pinjam je tau x copy pun.siyes lagi skali!) itu adelah tahap kerajinan aku paling maximum..tapi semester lepas aku tak banyak ponteng kelas hape,ada subjek yang aku lansung tak pernah ponteng kelas dia..satu pencapaian yang membanggakan dan aku harap ia akan berterusan untuk semester yang mendatang..kalau aku jadi lebih rajin dari ni,aku takot akan mengalami gangguan emosi dan hilang identiti diri pula nanti.

azam 2:
aku nak jadi lebih berjimat cermat dan menghargai wang ringgit..lepas ni kenalah aku amalkan matlamat SMART yang di ajar oleh kapten cash kat tv 3 tu.

azam 3:
aku nak maintain pointer aku..tak,aku tak harap dapat dekan,aku tahu itu terlalu jauh untuk digapai..cukup kekalkan seperti sedia ada..aku bukan demand orang nya.

azam 4:
kurangkan berkomunikasi dengan sesiapa yang buat aku sakit hati.



okay cukup banyak tu je..list banyak-banyak pun cam tak de gune gak.


ohh,bila segala penyiksaan ini akan berakhir

Isnin, 7 Jun 2010

Selamat Hari Dewasa

tanggal 5 jun lalu sudah genaplah 21 tahun aku berjaya hidup kat dunye ni..yea,aku suda dewasa skrg..aku takde masalah umur makin tua sebab bagi aku, usia?kenape nak berahsia?..bagus gak makin tua ni,makin mngingatkan kite pasal mati..dan 21 tahun bermakna aku dah buley mengundi..tapi awal-awal aku da cakap ngan ayah aku, aku tak nak daftar mengundi,tunggu sampai ade parti yang betul-betul buley buat aku rase selamat baru aku daftar..tahniah malaysia kerana mempunyai belia yang tidak bertanggungjawab seperti saya!

so,macam birthday aku yang sebelum-sebelum ni,family aku mesti akan belikan aku kek..kalau dorang tak nak belikan pun aku akan pakse dorang beli..tapi bufday kali ni aku rase sedikit special dari yang sebelum-sebelum ni..tahun ni semua adik beradik aku ade kat rumah..memanglah dorang balik bukan semata-mata birthday aku (sebab akak aku nak bertunang esoknye) tapi nak rase happy gak..aku rase da lame kitorang tak kumpul skali ramai-ramai camni..jangan salah faham.kami happy family..adik beradik aku selalu je balik kampung tapi nak kumpul sekali semua tu susah,maklumlah masing-masing bizi mngejar hal-hal duniawi dan mnguruskan keluarga masing-masing..lgpun adik beradik aku ramai, 8 orang.

lagi satu yang buat aku teruja dan excited(bukan same maksud ke?),birthday kali ni aku dapat ape yang aku harapkan..owh sangat gembire sampai aku lupa kerisauan result exam aku nak kuar tak lame lagi..

mari doakan aku terus hidup kat dunia ni pada tahun-tahun yang mendatang..memandangkan aku sudah dewasa sekarang,aku kena belajar cara-cara nak behave sebagai orang dewasa.



p/s:mule-mule aku rasa nak upload gambar kek aku dapat,tetibe rase tak jadi sebab aku fikir cam tak de motif je..takat nak tayang gambar kek baek korang bukak blog yang mengambil tempahan kek bukan?