Jumaat, 31 Disember 2010

Menarik Sepanjang 2010

TIADA!!!!

Haha memang plain gile la idup ko Linda. Memang tak de benda yang menarik taon ni. Aku rase aku banyak habis kan taon ni ngan pujuk hati aku yang aku tak salah pilih kos sambung degree. Setelah tiga semester baru la aku macam da boleh terima kenyataan yang kos aku ni memang macam taik. Penat gila, menyusahkan, hitam kan kulit. Tapi best jugak sebab enjoy ape turun site tengah-tengah panas, pegi ukur lot perumahan time bulan puase. Memang nampak bergaya lah weh.

Taon 2010 ni jugak aku rase aku da macam dewasa sikit. Kalau orang kate aku perasan pun aku nak jugak cakap aku da dewase yelah kan da 21 taon.


Taon depan da 22 taon. Ohh tidak 22 taon okay. 22 TAHUN. Dan aku masih tiada hala tuju hidup (T.T)



Happy new year semua. :)



p/s: Azam aku same macam taon lepas. Ape azam aku taon lepas? Same dengan 2 taon lepas. HAHA

Selasa, 28 Disember 2010

Anak Mak Aku

Anak mak aku mungkin tak sebagus anak kamu yang :

-pakai tudung labuh
-baik budi bahasa
-sopan santun
-berjimat cermat
-sentiasa mendengar kata
-cemerlang dalam pelajaran
-fokus dalam pelajaran
-tidak suka membuang masa seperti lepak bersama teman-teman
-sanggup mengorbakan usia remaja. huh?
-tidak menyusahkan ibu-bapa

Sepatutnya kamu bersyukur dapat anak sebaik itu bukan nya kutuk anak mak orang lain. Dan sesekali cuba tanya anak kamu apa yang dia mahu bukan apa yang kamu mahu.

Mungkin sebab tu aku jadi anak mak aku dan bukan anak kamu sebab kalau aku jadi anak kamu mesti kamu akan mengalami tertekan dalam idup. Haha




Terima kasih dan maaf sebab tak dapat jadi anak yang boleh di banggakan dalam kalangan saudara-mara. Tapi anak-anak Latib ngan Hendon cantik-cantik dan kacak-kacak ape, ade jugak la kan benda nak di bangga kan. Eh?? haha



p/s: Aku harap xde saudara-mara aku yang baca blog ni peliz

Jumaat, 24 Disember 2010

Tak Tahu La Nak Luahkan Camne Tapi Memang Sedih

Sedih kan bila benda yang ko nak sangat-sangat tapi tak dapat.
Pastu hilang tanpa jejak pulak tu.

Sedih, Sedih, Sedih, Sedih, Sedih, Sedih, Sedih, Sedih




Kan aku da cakap tak tau nak luahkan macam mane.

Khamis, 23 Disember 2010

Pakai Baju Kurung Dan Terus Tampak Sopan Dan Ayu


Kannn.
Tu baru pakai baju kurung pakai bedak ngan lip balm.
Belum mekap tebal-tebal siap pakai eye shadow celak lipstick blusher maskara ape sume. Kalo pakai confirm nampak cam bapuk.

Eh kalo sesape rase nak berkenalan dengan gadis di atas pasti kan semayang lima waktu cukup dulu ye. Kacak dan bekerjaya itu satu bonus. Ahahaha





p/s: HENSEM MUDA BEKERJAYA owhhh kenapa la practikal ni abes cepat sangat. HAHAHA

Sabtu, 11 Disember 2010

kalo bandingkan result aku ngan taik mesti tak dapat nak beza kan

Nak ingatkan aku bukan jenis orang yang dapat 3.00 pastu meraung cakap result teruk. Rase nak lempang kan. Kalau aku cakap result aku teruk memang betol-betol teruk. Tapi tak pe benda da jadi kan nak buat cam ne (sedapkan ati).

Okay Pn, Faridah see you next semester :)

Jumaat, 19 November 2010

All Time Favorite Tv's Series/Show

Sekarang aku sedang bersenang lenang di rumah. Maklumlah orang suda abes exam beginilah kan. Kepada yang belum abes padan muka, hahaha, Rasekan perasaan aku semester lepas. Pasti rase tertekan bukan melihat status teman-teman di facebook menyatakan betapa gembira nya mereka setelah abes exam. la tambah tertekan apabila kalian tak dapat beraya di rumah bukan.hahahaha gelak kan korang lagi skali.

Hasil satu minggu study week dan 3 minggu final exam aku telah berjaya mendownload pelbagai movie mahupun drama. Selain itu aku juga telah berjaya menghafal intisari rancangan television.
Di kala rakan sebaya sedang mengilai drama korea,band korea dan segala-galanya tentang korea aku pula sibuk menggumpul koleksi cerita-cerita mat saleh sebab aku macam berlagak sikit tak nak ikut tren terkini.hahaha. Lagipun macam geli-geli nak rase eksited tengok lelaki muka perempuan da la muka masing-masing sikit lebih kurang pula tu.

Berikut adalah senarai rancangan tv kegemaran aku mengikut turutan.


1. Merlin
Cerita ni memang best gila sebab Merlin tu macam comel je gelabah-gelabah da la humble pula tu. Walaupun Merlin ni ade magic api dye tak riak. Watak prince Arthur tu pun mcam kool sebab dye putera raja so nak tak nak memang nampak kool la kan. So, sesiapa nak mengikuti kisah Merlin ni tak terlambat lagi sebab cerita ni baru sampai season 3.

2. Supernatural
Dulu ini merupakan cerita paling favorite tapi oleh kerana cerita nya sudah makin merepek tetibe si Sam Winchester hidup kembali tapi kehilangan jiwa jadi aku letakan di tangga ke dua. Tapi cerita ini memang dari awal sudah merepek jadi tiada ape yang hendak dihairan kan. Oleh kerana si Jansen Ackles a.k.a Dean Winchester tu terlalu kacak jadi aku terus kan saja mengikuti cerita ini. Kepada sesiapa yang baru hendak berminat dengan cerita ini hentikan saja niat anda kerana cerita ini suda masuk musim ke enam, suda terlalu lambat untuk nak catch up.

3. Greek
Okay aku baru tau tentang kewujudan series Greek ni dan aku agak menyesal sebab macam da terlambat. Cerita ni da nak masuk musim ke empat da jadi tak la berapa terlambat sangat nak catch up. Serius memang best gilos cerita ni, mengisahkan tentang kehidupan pelajar kolej da la cerita ni sweet gilos juga so memang tak rugi la menonton. Cerita ini ade kat tb 2 ari selasa jam 12 malam. Sesiapa yang berminat boleh la menonton sebab yang kat tb tu baru nak masuk season dua kalau tak silap aku.

4. Nikita
[When she was a deeply troubled teenager, Nikita was rescued from death row by a secret U.S. agency known only as Division, who faked her execution and told her she was being given a second chance to start a new life and serve her country. What they didn’t tell her was that she was being trained as a spy and assassin. Ultimately, Nikita was betrayed and her dreams shattered by the only people she thought she could trust]
Pada mulanya aku memandang rendah pada cite ni. Yelah da la hero dye perempuan susah tu nak terima. Tapi tapi tapi Nikita tu merupakan perempuan yang sensitive dan gagah pula tu. Memang kool gila lah dye. Aku rase element yang tambah menarik kan cite ni bile si Nikita tu ade spy, Alex kat dalam Division tu. Sumpah cite ni mmg kool gila lah.

5. American's Next Tops Model
Aku suka tengok rancangan ni sebab ia membuktikan gadis kurang cantik pun mampu menjadi seorang model. Lagipun kalau yang menang memang selalu nya muka tak cantik dan kebanyakan mereka bermuka exotic. Rancangan ini di siarkan di 8tv pada hari ahad jam 11 malam, eh ke 10.30 malam aku lupa la.

6. Project Runway
Aku sanggup menentang seisi keluarga aku semata-mata nak tengok cite ni. Rancangan ni pasal fashion designer yang cuba menghasilkan design mereka yang tersendiri mengikut tugasan yang di berikan. Aku minat rancangan ni sebab di tempat paling jauh dalam hati aku ni ade terdetik hendak menjadi seorang designer tapi memandang lukisan aku yang macam budak sekolah rendah ini jadi aku padamkan saja niat suci aku itu. Rancagan ni ade kat 8tv jugak ari khamis jam 9.30.

7. Hannah Montana

Gelak kan saja aku sebab minat cerita tah hape-hape ni. Tapi cerita ni kelakar okay da la tu sesuai pula ditonton oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Hannah Montana ni da masuk season 4 kalo dan kalau hendak menonton boleh la langgan astro channel Disney. Jika tidak mampu tonton sahaja di 8tv setiap hari ahad jam 10.30 pagi.

8. Gossip Girl
Suara perempuan yang cakap "xoxo" tu comel. Cerita bolah tahan best jugak la, baru nak masuk season 4. Dulu cite ni ade kat 8tv setiap hari isnin jam 10.30 malam. Apahal aku macam banyak kat 8tv je ni baru aku perasan.

9.Ghost Whisperer
Cite ni ade kat 8tv sekarang ganti cite gossip girl. Cite ni memang best bagi aku lah cuma satu je masalah aku,aku takut nak tengok cite ni sorang-sorang. Nak ajak orang laen teman tengok macam ade pulak kan orang suka layan cite ni. Aku malas nak describe cite ni pasal ape. Tengok tajuk pun da boleh tau kan.

10. Biggest Loser
Hah peserta dalam rancangan ni memang mengagumkan. Gilak ah gemuk gedempol boleh kurus slim. Sape tak nak weh kurus. Agak-agak kalau aku masuk rancangan ni boleh kurus tak ek.


oklah sampai sini je lah. Aku malas da nak menaip, nak sambung makan jap.

Khamis, 4 November 2010

Update Untuk Bulan Ini.

Maaflah blog,kau bukan lagi satu keperluan dalam hidup aku sebab tu aku biarkan kau terabai begitu saje. Owh jangan risau facebook aku pun aku da biarkan terabai jugak, da lame rasenye aku tinggalkan kerjaya sebagai stalker berjaya. Maklumlah busy la kate kan.

Hari ni aku baru antar last report aku. Jadi sekarang barulah aku boleh study ngan tenang macam aku nak study pulak kan. Sem ni memang sem berani mati aku. Aku siyes tak mampu nak jadi rajin macam sem lepas. Aku baru habes tiga paper. Dua dari paper tu aku gi redah jawab tak study pape. Lagi satu pulak malam sebelum nye aku baru terkedek-kedek nak buka buku pastu mengelabah cari solan past year. Boleh agaklah kan aku boleh jawab ke tak. Hahaha. Aku ade lagi tiga paper tu pun kalau dapat hidayah aku study la nanti. Effort yang mampu aku buat sekarang hanye tengok solan past year pastu agak-agak bape banyak boleh salah untuk lulus,tutup balik, tengok tv/tido.

Aku hanya berharap pada tuah untuk lulus sume subjek aku sem ni. Sem depan serius aku janji nak jadi rajin. Tolong percaya. Tolonglah.


p/s: kalau lah study tu salah satu bentuk hiburan mesti tiap-tiap sem aku dapat dekan.

Sabtu, 23 Oktober 2010

aku sangat alergik ngan subjek yang banyak huruf.

tuhan,bantulah aku untuk lulus.

aku da give up,seriously. banyak sangat huruf,memang aku tak mampu la kan nak baca. aku arap nasib aku baek macam sebelum ni. lulus pon jadilah.

aku bengang pehal tah sistem uitm ni dapat c- da kena repeat. hey, ingat senang ke nak dapat c- tu.
jelez la aku tau ade kawan aku dak u lain rilex je dapat D pun tak yah repeat.


tolong lah doakan aku. tolonglah,tolonglah,tolonglah.

semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.
semoga norazlinda latib lulus dalam subjek cartography.

aku memerlukan doa dari kalian. terima kasih :)

p/s:kalau rajin sebut la 44 kali.

Isnin, 18 Oktober 2010

hidup memang macam drama

and guess what..
AKU BENCI DRAMA.

Tapi semua yang berlaku ade hikmahnya.
Moga yang patut tabah akan tabah.
Moga kami semua juga akan tabah untuk pinjamkan sedikit kekuatan.



Harap jalan bengkok tu akan lurus balik. Macam dulu.



p/s:Pengakhiran drama selalunya ade happy ending. Tuhan, bahagiakan la semuanya walau mungkin saat tu akan tiba lambat.

Ahad, 10 Oktober 2010

saya ada kawan baik name dia Malang

Ye, tu lah name kawan baik saya, Malang.
Kami da berkawan lame.
Pada mulanya saya tak suka dia.
Dia suka susahkan hidup saya.
Dia juga suka bergurau kasar ngan saya.
Tapi sekarang saya sudah boleh terima dia dalam hidup saya.
Walaupun saya masih tidak suka dia tapi saya tiada pilihan lain selain menerima dia dalam hidup saya.
Saya harap suatu hari nanti dia akan jumpa kawan baru dan tinggalkan saya.
Sebab saya tak tau sampai bila saya boleh bertahan ngan dia.
Buat masa sekarang saya masih mampu bertenang dan senyum setiap kali dia bergurau kasar ngan saya.
Selain itu saya juga mahu berterima kasih ngan Malang kerana selalu buat hidup saya kucar kacir.
Baru lah mencabar bukan.
okay linda,chill :))

Sabtu, 2 Oktober 2010

kesibukan bukan alasan untuk tidak tampak bergaya

Tengok tajuk pun da nampak gah bukan. Aku nak ingat kan awal-awal entry ni bukanlah tips-tips untuk tampak bergaya atau seumpamanya. Entry ni untuk membuktikan yang hidup dalam kesibukan itu sebenarnye bergaya. Tak percaya?? Sila lihat bukti-bukti di bawah.

CONTOH 1 :

paris hilton: linda jom hang out weekend ni. da lame la kite tak lepak sesame.
linda : sory la babe,macam tak bole je.aku kene turun site la weekend ni.

notes: Cube korang ulang dialog aku tu. Ha,tampak bergaya bukan. Tu baru gune ayat turun site belom lagi gune ayat melawat tapak projek.


CONTOH 2

zac efron : eh linda,asal ko da jarang update blog?
linda:aku takde mase la nak pk ayat nk update blog,sibuk pk nak siapkan assignment skang.

notes:ayat educated seperti sibuk siapkan assignment kadang kala bole tampak bergaya bukan.


CONTOH 3

Kita akan jadi sibuk kalo hidup kite banyak komitmen. Tak kire betapa tak gune nye korang di masa silam kalo korang kena tanggung banyak komitmen automatically ko akan jadi bertanggungjawab tetiba. Bila da jadi orang bertanggugjawab sekali lagi automatically ko akan jadi lebih matang. And guess what, matang tu bukankah tampak bergaya.


Da la tu cukup je la tiga contoh. Ni pun amek masa tiga hari aku nak update. Aku memang bz nak mampus sekarang. Owh,aku arap korang jangan salah paham yang contoh-contoh kat atas adalah kata-kata penyedap hati sebab aku terpaksa tanggung banyak komitmen. Tak. Memang tak. Tolong percaya. Ha ha ha(okay tolong jugak percaya ni gelak ikhlas).

Isnin, 27 September 2010

cis bedebah sungguh!!



hanya satu ayat simple ngan nada tak berperasaan mampu buat aku rase bahagia di awang-awangan sampai sekarang. Bodoh!!!!..sangat.noktah.






Ahad, 19 September 2010

better late than never



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN


walaupun lambat dan ucapan yang begitu ringkas tapi ketahuilah aku betol-betol eklas. hari raya adalah mase untuk mintak maaf secara random tanpa perlu specifickan ape jenis kesalahan kau kalo ko tak berani.haha.jadi bemaaf-maafan lah di hari raya untuk tampak lebih bergaya.owh,sebelum mmafkan orang lain maafkan juga diri sendiri jangan lupa.


notes:ape motif gambar di atas terasa geli kan melinatnye.haahaha.owh,gambar ini di ambil setelah sebulan berpuasa dan sebelum aku melantak makanan-makanan yang mengemukan.jadi jangan tertipu ya adik-adik.


Sabtu, 4 September 2010

jangan tanya aku sebab aku takde jawapan

keras macam batu pehal tah kan.

Jumaat, 3 September 2010

ayuh kembali ke sekolah.

assalammualaikum.
di bulan puasa ni kene la mulakan entry dengan lebih sopan dan beradap bukan.

hari ini mari kita bercerita tentang sekolah. aku rase sekolah adelah tempat paling dirindui bagi sesiapa yang tidak bergelar pelajar sekolah lagi. cis,pehal aku rase ayat aku macam bodoh and tak best langsung ni. maaflah,aku tak ingat lagi rupenye camne nk menulis. tapi teruskanlah membaca okay.

dah hampr 4 taon aku tinggalkan zaman persekolahan. aku rase zaman sekolah lah zaman paling best, tak payah pikir banyak-banyak benda, jumpe kawan-kawan yang best, and banyak lagi la kan yang best. jangan malu nak mengaku,korang pun rase camtu gak an. tapi tapi tapi. kalo tanye aku nak kembali ke sekolah balik ke tak, mestilah aku jawab tak nak hokay. tak semua benda kat sekolah menggembirakan. meh cek checklist yang aku buat kat bawah ni.

10 things i hate about school

1. perhimpunan/row-call/perjumpaan.
2. bangun pagi.
3. uniform sekolah.
4. pengawas.(ha ha ha)
5. prep.
6. rules yang tahapehape.
7. kepochi.
8. ceramah.
9. senior.
10.kelab/persatuan/badan beruniform(ceh,patot ni no.1 aku letak)



benda paling aku rindu mase sekolah dulu adalah menjadi seorang yang kurus. bile tah kan nak kurus cam dulu balik.

Ahad, 22 Ogos 2010

jalan ceritanya



aku harap sekarang aku ade kat jalan yang betul sebab aku dah tak jumpe da jalan nak patah balik.

Rabu, 18 Ogos 2010

hey i'm back


hey hey hey camne tah kan nak tulis entry,lupa sudah.

aku sedang mengalami fasa yang paling bz dalam hidup skrg.
bz mcm ceo syarikat besar..boleh bayangkan tak?

okay la,sumpah aku da lupe camne nak tulis entry yang best(haha,perasan entry sebelum ni mcm bez lak an)

untuk kali ni setakat ni je la ye,esok-esok aku da ingat camne nak menulis balik aku sambung.

Ahad, 11 Julai 2010

when i get older,i will be stronger

lagu wavin' flag ni aku rase sangat la sesuai ngn team germany ni..



selamat germany dapat 3rd place tak ade lah terluka sangat hati aku..tapi terluka gak lah sebab tak dapat tengok klose maen time last match..in the next four years aku yakin yang germany mesti bole menang..tapi nanti mesti klose da tak maen da=(..tak pe schweinsteiger, ozil,podolski,mueller ade lagi..

aku sangat suke germany dapat kalahkan uruguay,dapat balas dendam sebab dorang kalahkan korea aritu..owh,suarez tu sangat membencikan hokay..abesnye match germany pagi tadi maka berakhir lah kegilaan aku pasal world cup kali ni..sape pedulik spain ke netherlands yang menang..aku bukan lalang yang tuka-tuka sapport team..bak kate kawan aku kite kena setia ngan team yang kite sapport even dorang kalah sekalipun dan walaupun kena keji kaw-kaw..haha

bye-bye fifa world cup 2010..hesh,lame lagi tu nak tunggu 4 taon..

Sabtu, 10 Julai 2010

bole cair la tau kalo macam ni

I text a postcard, sent to you
Did it go through?
Sending all my love to you
You are the moonlight of my life every night
Giving all my love to you.

My beating heart belongs to you
I walked for miles till I found you
I'm here to honour you
If I lose everything in the fire
I'm sending all my love to you.

With every breath that I am worth
Here on Earth
I'm sending all my love to you
So if you dare to second guess
You can rest
Assured that all my love's for you.

My beating heart belongs to you
I walked for miles till I found you
I'm here to honour you
If I lose everything in the fire
I'm sending all my love to you.

My beating heart belongs to you
I walked for miles till I found you
I'm here to honour you
If I lose everything in the fire
Did I ever make it through?


Green Day - Last Night On Earth


p/s:ciri-ciri orang malas nak update blog adalah copy paste lirik lagu..tapi sangat melting okay dengan lirik lagu ni..sekian terima kasih.

Khamis, 8 Julai 2010

Pengalaman Cuti Sekolah Saye 2

juz like before aku akn bercerita tentang pengalaman cuti semester yang lalu.
the true is tak banyak pon yang nk di ceritakan cuz sepanjang cuti kali ni aku duk terperap je kat umah..jadi suri rumah sepenoh mase..dan dan dan jadi suri rumah tu sangat memenatkan dan membosankan..ari-ari kena tolong mak masak,kemas rumah pe sume tu..hesh,tak jadi aku nak bercita-cita jadi suri rumah..jadi sekarang aku da menjadi orang yang tidak bercita-cita semula.

selain itu terdapat juga beberapa peristiwa yang memalukan terjadi kat aku..oleh kerana ia terlalu memalukan jadi tak perlulah diceritakan..

sudah lah aku da malas nak menaip..skrg aku kembali ke dunia yang penuh kepura-puraan semula..cepat lah habis dua taon setengah ni..



p/s:aku sangat tak ade mood nak update sebab aku nga berkabong germany kalah..sotong kurita tu memang celake..tu pon berani lagi predict uruguay menang pasni..memang betol-betol celake.

Selasa, 6 Julai 2010

sotong masak kicap mesti sedap!



sotong kurita berpuaka ni memang carik nahas.
aku goreng buat masak kicap baru tau.

tapi miroslav klose aku lagi percaye kat ko dari si sotong kurita ni.
tak baek woo percaye benda-benda karut camni(sedap kan hati).


walau ape pon result dye nanti,yang penting germany dapat masuk semi,argentina ade?
hahaha



p/s:mane ek lombong terdekat kat shah alam?

Sabtu, 26 Jun 2010

i just wanna say that i love you

aku ada banyak sangat benda nak tulis, nak merepek, nak cite kan kat blog aku ni.

tapi


tapi



tapi



tapi




sumenye ade dalam otak aku je


sebab


sebab




sebab




sebab




aku sangat malas nak menaip..aku sangat berharap adenye keyboard yang automatik boleh taip sendiri ape yang kita pikirkan macam aku selalu harap adanya pensil or pen yang boleh menulis sendiri tanpa aku susah-susah nak tulis sendiri and bazirkan mase lame-lame jawab essay exam..so, sekarang tahu kan kenapa tulisan aku tak cantek.

Rabu, 23 Jun 2010

mulakan semester baru dengan penuh semangat


lebih kurang dua minggu lagi semester baru akan dibuka..okay,aku tak puas hati asal uitm mula sem awal,da la cuti sem kitorang paling lambat..tak adil sungguh.

seperti biasa sebelum bermula nye semester baru aku pasti akan list kan ape azam aku yang baru ..walaupun akhirnye nanti aku sedar yang azam aku ni akan jadi sia-sia tapi sebagai memenuhi kehendak hati dan tabiat aku,aku tetap juga akan berazam.

azam 1:
aku harap semester kali ni aku akan jadi rajin macam semester lepas..tolong jangan suruh aku jadi lebih rajin dari semester lepas sebab aku rasa tu lah tahap kerajinan aku paling maximum..ye,yang study sehari sebelum exam and malam sebelum exam selalunya aku tido lambat,yang buat report ala kadar(yang penting aku buat dari orang lain yang selfish harap ahli grup yang lain je bertungkus lumus buat),yang tak rajin nak buat tutor(aku nak buat tapi aku tak paham,kalau paham sure aku buat.siyes!),yang pinjam assignment orang lain(aku pinjam je tau x copy pun.siyes lagi skali!) itu adelah tahap kerajinan aku paling maximum..tapi semester lepas aku tak banyak ponteng kelas hape,ada subjek yang aku lansung tak pernah ponteng kelas dia..satu pencapaian yang membanggakan dan aku harap ia akan berterusan untuk semester yang mendatang..kalau aku jadi lebih rajin dari ni,aku takot akan mengalami gangguan emosi dan hilang identiti diri pula nanti.

azam 2:
aku nak jadi lebih berjimat cermat dan menghargai wang ringgit..lepas ni kenalah aku amalkan matlamat SMART yang di ajar oleh kapten cash kat tv 3 tu.

azam 3:
aku nak maintain pointer aku..tak,aku tak harap dapat dekan,aku tahu itu terlalu jauh untuk digapai..cukup kekalkan seperti sedia ada..aku bukan demand orang nya.

azam 4:
kurangkan berkomunikasi dengan sesiapa yang buat aku sakit hati.



okay cukup banyak tu je..list banyak-banyak pun cam tak de gune gak.


ohh,bila segala penyiksaan ini akan berakhir

Jumaat, 18 Jun 2010

SUKMA MELAKA ke-13

meh crite pasal sukma sebab orang lain sibuk cite pasal world cup..okay pasal sukma pun aku tak tau nak cite ape tapi sebagai rakyat melaka aku pun berpoyo-poyoan la kunun-kunun nak tengok acare yang berlansung di kawasan berdekatan rumah aku..

setelah di buat pertimbangan, aku ngan akak aku serta anak-anak buah aku pun bercadang lah nak gi tengok sukan kapal layar..kitorang gi mase tu petang sebab kitorang tak tau menda alah tu mula kul bape..so pade kerajaan negeri melaka kalau takat pasang banner ngan poster tulis tarikh je tak tulis mase camne orang nak tau nak datang pukul brape hokay!

kami bayang kan disana nanti terdapat banyaklah kapal-kapal and perahu-perahu layar jadi boleh la kami bergambar kenang-kenangan..kami juga bayangkan terdapat banyaklah gerai menjual bermacam-macam di sepanjang persisiran pantai pengkalan balak itu..tapi sayang nya harapan kami hampa..pantai pengkalan balak sunyi seperti tiada ape-ape events besar kat situ..akak aku cakap maybe mase final nanti baru meriah..okay,kata-kata itu tak mampu menghilangkan rase bengang and hampa aku..

homaigod homaigod homaigod aku tak sangka kawan sekolah rendah aku dapat wakil melaka dalam sepak takraw, dapat masuk final lagi even just dapat pingat perak je..tahniah beb ko berjaya buktikan kat cikgu-cikgu sekolah rendah kita dulu yang selalu memandang serong kat ko bahawa tak perlu cemerlang dalam pelajaran dulu pun bole buat kau berjaya gak dalam idop..kalau aku jadi kau aku siap tepon cikgu-cikgu kite dulu, tak pn antar invitation card suruh dorang datang tengok match kau..sumpah terkesima aku kejap tengok kau dalam tv walaupun aku mengambil masa beberapa ketika nak cam muke kau..yelah last aku nampak kau kat kampung ni pun aku tak ingat bila..maklumlah aku kan suka terperap dalam rumah,kalau kena pancaran terik matahari cepat-cepat lari masuk rumah balik..bak kata mak ngan ayah aku, 'ha,duduk jelah kau dalam rumah tu jadi kera sumbang'..owh,kera duduk dalam rumah rupanye,bru aku paham.

tahniah juga pada team melaka yang tibe-tibe dapat lebih banyak pingat emas berbanding biasa..pelik kan bila jadi tuan rumah je mesti pungutan emas jadi banyak..okay linda think positive,maybe ngan adanya sokongan penyokong membuatkan atlet melaka bertambah semangat..just maybe kan?

p/s:datanglah tengok penutup sukma mana tahu menang kereta..banyak kan duet kerajaan melaka..baik kasi duet tu kat rakyat yang baik macam aku ni ha

Rabu, 9 Jun 2010

mana box follower aku?!

ada beberape orang(ceh,bunyi cam ramai je,padahal ade la tiga pat orang je) tanya aku mane box follower aku,kalau tak camne nak follow(adik-adik kalau takde box tu bule jugak la follow,cube tengok betol-betol,mesti adik-adik akan jumpe carenye)..okay adik-adik,meh sini akak explain kenape akak tak letak box follower kat blog akak yang akak sorang je perasan best ni

sebab 1:
jawapan ni ikhlas dari hati nurani aku sebab ni lah alasan utama aku tak letak box followers tu..sebabnya adalah followers aku sikit..akak malu la dik

sebab 2:
aku tulis blog ni saje suka-suka,bukan nak kumpul follower pun..aku admit mule-mule aku wat blog ni memang perasaan mengumpul follower tu ade tapi sekarang da rasa give up sebab aku tau sape je la berminat kan nak follow blog aku ni ha..da la aku pemalas nak follow blog orang laen..da la lagi satu kalau perasan blog aku ni banyak syok sndiri je,cite pasal diri aku,bajet cam ade orang nak amek tau la kan(so what??blog aku suke hati aku la kan)..tak pe nak kutuk blog aku sebab aku salu je kutuk blog orang lain..tu hak individu kan,nak wat camne

sebab 3:
macam aku cakap kat atas aku malas nak follow orang..so,aku tak nak ade rase perasaan bersalah kalau ade orang follow aku pastu aku tak follow balik..maaf,jujur terlebih pula..aku tahu ade orang follow blog orang lain untuk kumpul follower blog sendiri and aku tak ade masalah dengan hal tu..sebab aku tau gak ade orang yang menjana pendapatan ngan blog..lagi ramai orang view,lg masyuk duet..aku respect orang yang cari duet mcam ni,at least nampak usaha korang dari orang yang juin bisness e-mol and ape kejadah laen yang nak cepat kaya tapi usaha tarak(owh,aku masih menyimpan dendam rupenye ngan bisnes sebegitu)

sebab 4:
kalu sesiapa nak bace blog aku ni silakan,tak follow pun tak pe..sebab aku tak pernah pun promot blog aku ni kat orang laen..kalau dengan rakan-rakan terdekat adelah,tu pun aku bukan promot tapi aku pakse dorang bace..hahahaha..aku memang si kuku besi!


okay adik-adik,puas hati ngan jawapan akak?

Isnin, 7 Jun 2010

Selamat Hari Dewasa

tanggal 5 jun lalu sudah genaplah 21 tahun aku berjaya hidup kat dunye ni..yea,aku suda dewasa skrg..aku takde masalah umur makin tua sebab bagi aku, usia?kenape nak berahsia?..bagus gak makin tua ni,makin mngingatkan kite pasal mati..dan 21 tahun bermakna aku dah buley mengundi..tapi awal-awal aku da cakap ngan ayah aku, aku tak nak daftar mengundi,tunggu sampai ade parti yang betul-betul buley buat aku rase selamat baru aku daftar..tahniah malaysia kerana mempunyai belia yang tidak bertanggungjawab seperti saya!

so,macam birthday aku yang sebelum-sebelum ni,family aku mesti akan belikan aku kek..kalau dorang tak nak belikan pun aku akan pakse dorang beli..tapi bufday kali ni aku rase sedikit special dari yang sebelum-sebelum ni..tahun ni semua adik beradik aku ade kat rumah..memanglah dorang balik bukan semata-mata birthday aku (sebab akak aku nak bertunang esoknye) tapi nak rase happy gak..aku rase da lame kitorang tak kumpul skali ramai-ramai camni..jangan salah faham.kami happy family..adik beradik aku selalu je balik kampung tapi nak kumpul sekali semua tu susah,maklumlah masing-masing bizi mngejar hal-hal duniawi dan mnguruskan keluarga masing-masing..lgpun adik beradik aku ramai, 8 orang.

lagi satu yang buat aku teruja dan excited(bukan same maksud ke?),birthday kali ni aku dapat ape yang aku harapkan..owh sangat gembire sampai aku lupa kerisauan result exam aku nak kuar tak lame lagi..

mari doakan aku terus hidup kat dunia ni pada tahun-tahun yang mendatang..memandangkan aku sudah dewasa sekarang,aku kena belajar cara-cara nak behave sebagai orang dewasa.



p/s:mule-mule aku rasa nak upload gambar kek aku dapat,tetibe rase tak jadi sebab aku fikir cam tak de motif je..takat nak tayang gambar kek baek korang bukak blog yang mengambil tempahan kek bukan?

Jumaat, 28 Mei 2010

Si Gemuk Pendek Yang Berputus Asa

seperti yang kite sedia maklum selalunye kalo cuti semester tak sah kalau berat badan tak naek..kalau dalam kes aku bukan takat berat je naek jerawat pun makin betambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan..owh,tekanan..tapi satu perkara yang buat aku sedikit senang hati..orang cakap perempuan yang kurang cantik lebih berpeluang menemui cinta sejati..jadi sekarang saya suda tidak kisah di gelar si gemuk pendek lagi:)

rancangan awal aku cuti sem kali ni nak kuruskan badan..nak diet and jogging sekitar rumah aku setiap kali lepas smyang subuh lah kunun nya..aku pilih mase subuh kerana ketika itu tidak ramai orang jadi kurang lah sedikit rase malu..selepas menyuarakan rancangan aku itu ngan penuh semangat, mak aku mencebik muka dan memperlekehkan cita-cita murni aku tu..sampai hati tak percaya ngan ank sendiri..seperti biase rancangan nak diet tu pastilah tak jadi,sape suro mak aku masak sedap-sedap.. aku tak salah hokay
rancangan nak joging pulak, minggu pertama aku tak berjaya untuk tidak tido lepas subuh, aku bg alasan nak topup tido sebab time exam aritu tak cukup tido..ececey
masuk minggu kedua aku dah tak tahan lagi setiap pagi diperli oleh mak aku,dan bagi membuktikan aku tidak hanya cakap-cakap kosong aku kuatkan semangat ngan berjogging pada pagi selasa itu..dan lepas berlari-lari sebanyak beberapa pusingan aku pun pulang ke rumah dan terus sambung tido..pagi tu bangun tido aku terus tengok cermin..nyata tiada sebarang perubahan,aku masih gemuk seperti biasa..jadi aku menganggap yang berjogging itu tak mampu membantu aku untuk kurus..jadi sampai ke hari ini aku tidak meneruskan cita-cita ku itu lagi..
walaupun telinga agak panas di perli oleh ibu ku dan tidak kurang juga ayahanda ku yang selalu buat-buat tanya ibu ku "eh,mana adik? tak jogging pagi ni"..ohh,panas

ohh ye lupa nak bagi tahu yang aku ni seorang yang cepat berputus ase..memang tak tipu,cepat sangat..nak bukti?

bukti 1:
kalo exam,aku selalu study last minit..aku selalu gelabah bila dapat tahu yang banyak lagi bab yang aku tak cover,maklumlah,lagi sehari nak exam baru bukak buku..jadi pada mulanya aku akan buat-buat semangat baca buku tapi lagi banyak yang aku study lagi banyak yang aku tahu aku tak tahu..paham?maksudnya lagi banyak aku study lagi banyak yang aku tahu yang aku tak tahu..eh,cam xde beza pun ngan penjelasan yang pertama..selepas satu jam berpura-pura rajin aku akan give up lalu menghampiri katil dan tido..owh,barulah hati aku tenang sebab sekurang-kurang nya aku tak tahu ape yang aku tak tahu

bukti 2:
kalo maen game..selalunya kalau da sehari suntuk aku adap satu-satu jenis game itu dan aku masih tak mampu nak hebat and beat high skor sebelumnya,maka aku akan berputus asa dan menganggap yang game tu bodoh and tak best..huh!(aku paling benci maen dinner dash,benci sampai kalau aku nampak game tu dalam laptop sape-sape aku rase nak delete kan je)

bukti 3:
kalau bab pujuk memujuk..aku kalu pujuk orang dua tiga kali tapi orang tu tak jugak berjaya di pujuk,maka selalunya aku akan biarkan aje..owh,aku bizi untuk semua itu, mengerti?

bukti 4:
*malas nak taip

bukti 5:
peristiwa petang tadi..nantilah aku sambung tulis..tibe-tibe malas pula

*ehh,sejak bila aku pandai sambung-sambung entry ni???

to be continued......

Sabtu, 22 Mei 2010

Crashed The Wedding

entry kali ini berkisarkan tentang kisah percintaan teruna bertemu dara..yang pastinye bukan kisah cinta aku la tapi sebab kisah cinta aku tidak lah berkesudahan baik jadi eloklah tidak di ceritakan kerana orang kalo nak tengok drama or movie pun mestilah nak tengok cite yang happy ending, sape je yang suka tengok cite sad ending selain aku..jadi aku ingin la bercerita kisah cinta kakak aku yang bakal bertunang pada 6 jun nanti..walau pada mulanya beliau bercadang hendak memilih tarikh 5 jun iaitu bersamaan dengan tarikh lahir aku tetapi setelah mendapat tentangan keras dari aku maka tarikh tersebut di tunda pada hari berikutnya..pastilah tidak boleh sama tarikh ngan bufday aku hokay..nanti kalo semua orang concentrate ngan majlis pertunangan beliau sape yang nak ambil peduli tentang bufday aku..maaf,anak bongsu memang begini,selalu ingin kan perhatian lebih dari ahli keluarganya




ni lah akak aku yang aku maksudkan itu..aku saje letak gambar yang beliau tidak kelihatan cantik supaya aku rase tidaklah terancam..wahahaha,busuk hati gile..beliau ketemu sama jejaka kesayangan beliau ketika beliau berumur 21 tahun dan sekarang beliau sudah berumur 26 tahun..pada mulanya hubungan beliau mendapat tentangan dari keluarga kami terutama sekali dari mak aku..mak aku bukan tentang gila-gila pun just mak aku selalu nasihat kan beliau cuba cari orang lain..ini kerana jejaka kesayangan beliau ini berasal dari negeri yang terletak jauh dari melaka iaitu terengganu..mak aku kalo boleh nak semua anak-anak beliau kawen ngan orang dekat-dekat je..tidak lama dulu aku pernah la cuba berkenal-kenalan dengan jejaka yang berasal dari perak,pahang dan kelantan tapi my mum said to me "dik,cuba la cari orang lain,yang dekat sikit"..dan sebagai anak yang baik tidak seperti akak saya itu saya mengikut cakap mak saya:)..alasan kan itu semua..ahahaha..setakat ini adik beradik aku semua kawen ngan org dekat-dekat je..sorang abg ipar aku asal dari negeri sembilan,sorang lagi orang melaka..akak ipar pulak sorang dari melaka,sorang dari kuala lumpur dan sorang lagi dari selangor..tak berkembangkan family saya..jadi wajarlah pada mulanye mak saya tidak bersetuju ngan jejaka pilihan kakak saya itu..akan tetapi akak saya teruskan juga hubungan cinta beliau dan sekarang setelah hubungan itu mencecah lima tahun dan usia kakak saya sudah semakin meningkat jadi sangat sukar untuk mencari pengganti lain,maka mak saya nak tak nak bersetuju juga untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka..saya paham perasaan mak saya,mana ada mak nak berjauhan dari anak nya sendiri,aku pun kalau boleh tak nak akak aku tu duk jauh dari kitorang..tapi kalau tu da jodoh dye nak wat camne kan..redha sahaja


okay,aku tau aku ngan akak aku muka tak sama

beliau mungkin akan berkahwin awal tahun depan..whuaaa ="(...sangat sedih..nanti sape nak kutip aku bawak gi jalan-jalan every weekend bila aku bosan,da la shah alam tu bosan gila..sape nak tido same-same ngan aku tiap kali kita adik-beradik kumpul ramai-ramai kat rumah..walaupun sedih tapi aku doakan beliau bahagia ngan pilihan hidup beliau


p/s:da lame rasenya aku tak tempel muka sendri kat blog ni

Khamis, 20 Mei 2010

Tidak Tahu Jenis Emosi



okay,tiada ape-ape ciri specific kerana itu hanya alasan
cuma ingin rasa selamat
simple as that
(mengeluh panjang)




Ahad, 16 Mei 2010

Aku Yang Berdosa

entry kali ni aku dedicate kan khas untuk semua cikgu-cikgu aku..bagi aku pekerjaan menjadi pendidik ni tersangat lah mulia..sebab tu mase mak aku and family aku paksa aku masuk maktab and amek bidang pendidikan ni aku bekeras gila tak nak..bukan ape aku tak nak lah mencemarkan imej warga pendidik and aku mengaku aku tak cukup mulia nak jadi seorang cikgu..aku tak nak la jadi cikgu kalo setakat alasan senang nak dapat kerja nanti hilang pula semangat sebenar warga pendidik untuk mendidik anak bangsa..hoii linda,pe ko merapu ni

kembali ke topik asal iaitu cikgu..bile ingat cikgu mesti ingat sekolah..dulu zaman sekolah aku adalah seorang murid yang baek,pendiam,bersopan santun dan berpekerti mulia..hahahaha..kalo boleh patah balik zaman sekolah dulu aku janji akan ubah perangai aku jadi yang macam aku nyatakan tu..AKU MENGAKU AKU TERSANGAT LA BANYAK BERDOSA KAT CIKGU-CIKGU AKU DULU..

mase sekolah rendah aku ingat lagi ngan cikgu english aku teacher Latifah..okay,aku ngaku aku tersangat la anti ngan beliau(bukan salah aku,beliau yang anti ngan aku dulu)..aku tak tau la apa dendam beliau kat aku,ape yang aku buat sampai beliau saket hati ngan aku..ye aku ngaku aku selalu tak buat homework beliau tapi ada je orang laen yang tak buat tapi aku jugak yang kena marah kaw-kaw..aku rase maybe time tu aku selalu cari gadoh ngan anak beliau di kala orang laen sibuk nak berkawan ngan anak beliau,buat-buat baek,bermanis mulut tapi lepas tu kutuk anak beliau kat belakang..mase beliau ajar aku,english aku paling hebat aku pernah dapat C(harap maklum untk stndard sekolah rendah C tu teruk okay)..selamat darjah 6 beliau tak ajar aku,bole la aku merasa dapat A kadang-kadang..tapi bila pikir balik sekarang aku rase beliau berhak nak anti aku tapi aku sebagai ank murid tak berhak nak anti beliau..maaf teacher :(

lagi seorang cikgu yang aku tersangat-sangat lah berdose pada beliau ialah warden blok aku CIKGU HAZLEENDA..saya mengaku saya tersangat-sangat lah banyak dosa kat cikgu,banyak saketkan hati cikgu,banyak melawan cakap cikgu,banyak menyusahkan cikgu,banyak sangat dosa saya kat cikgu(rase nak nangis bila ingat balik dose-dose silam)..saya ingat cikgu pernah cakap "jangan sampai saya doakan SPM kamu gagal"..time tu cikgu memang da hilang sabar gila and saya dan rakan-rakan seangkatan bole je buat muka degil and tak bersalah lansung..
ye,doa cikgu termakbul, RESULT SPM SAYA TERSANGAT LAH TERUK AND JAUH DARI STANDARD SEORANG PELAJAR BERASRAMA PENUH..saya rase balasan dose saya kat cikgu still terasa sampai sekarang..sungguh aku tak tau ape yang aku cuba buktikan dulu dengan menjadi seorang murid yang rebel..apa la dosa cikgu kat saya sampai saye saket hati pastu nak bagi ikan kat kolam depan bilik cikgu memerangkap ikan kesayangan cikgu makan racun and pastu bila ikan tu da mati nak gantung ikan tu kat depan bilik cikgu(aku and rakan-rakan cadang je nak buat tapi tak sampai hati pun nak buat)..jahil gila time tu..padahal aku yang banyak buat salah,langgar peraturan pe semua jadi cikgu mmg berhak lah nak marah-marah and denda aku..kalau diberi kekuatan nak je saye balik jenguk cikgu kat samura pastu nak MINTAK MAAF SANGAT-SANGAT KAT CIKGU tapi saya malu..malu nak jumpa cikgu sebab saya bukan ketegori murid yang berjaya skrg..:((((((((

jadi linda ko jangan lah nak merungut kenapa sekarang ko jadi tak sebijak dulu,kalau belajar susah nak dapat and hidup pulak banyak masalah,tak pernah nye nak tenang..SAMPAI SEKARANG AKU STILL TERPIKIR KENAPA AKU BERPERANGAI BEGITU TIME SEKOLAH DULU AND AKU STILL TAK DAPAT CARI APA YANG AKU CUBA BUKTIKAN DULU..hesh,menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tiada gune nye wahai linda..

dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari guru untuk semua cikgu-cikgu and pensyarah-pensyarah aku dekat:

Sek. Ren. Ramuan China Besar
Sek. Ren. Agama Ramuan China Besar
Sek. Men. Ghafar Baba
Sek. Men. Sains Muar
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
UiTM Shah Alam

jasamu akan ku kenang and MINTAK MAAF CIKGU!!!walaupun da tak berpeluang nak jadi murid yang baik tapi saya berharap dapat menjadi pelajar yang baik sekarang:)

Khamis, 13 Mei 2010

da aku suka nak buat camne



even ramai gile kutuk minah liyana jasmay ni and aku sendiri kutuk suara beliau ini tapi okay la kan..dye confident je nak nyanyi(gelak)..SAYA SANGAT SUKA LAGU NI..da lame sebenarnye suke tapi malu nak confess..aku memang suka sangat minat benda yang orang tak brape nak suka..macam aku minat kat paris hilton..hahaha..so what org nak kata dye bodoh at least dye honest okay and tak hipokrit..dunt worry paris,walau satu dunia membenci kamu,saya masih ada untuk minat kamu and dengar lagu-lagu kamu yang tak brapa nak best tu..


p/s:actually lagu liyana jasmay ni buat aku rase ohh,bosanlah okay menjadi si hati kering(mengeluh)..moge sistem pertahanan badan aku cukup kuat untuk bertahan!!*tibetibe

Selasa, 11 Mei 2010

Kisah Si Pari-pari

tibe-tibe tingat cite indon bawang merah bawang putih yang pernah mencetus fenomena suatu ketika dahulu..padahal cite tu merapek gile,tak paham camne orang malaysia leh kene tipu ngan cite indon yang tapape tu..tapi tulah orang kite..bile hasil karya orang kite sendiri mesti nak kondem,pantang jalan cite ade salah sikit mule la komen cakap cite melayu tak logik..cite indon yang tapape, yang arini ade kanser tahap kritikal esoknye boleh sembuh tibe-tibe boleh pulak korang layan,tak pulak komen cakap tak logik..aku lain,due-due aku kondem..cite melayu aku kondem sikit je tapi cite indon lagilah aku tak ley trime,tak logik di terima akal(macam cite supernatural yang aku tergile-gile tu logik sangat la kan)..tapi aku tengok cite melayu sekarang da makin okay and makin bez..nak-nak drama melayu..sangat best okay..so kepada siapa-siapa yang kunun-kunun nye cakap takde kelas layan drama melayu,silelah tengok cermin and tenung muke betol-betol..kalo takat muke da memang muke melayu pure tak yah ar nak belagak sangat weh..ingat sikit asal usul kejadian diri sendiri..


okay,sebenarnye aku bukan la nak cite pasal perkembangan cite melayu kat sini..tujuan asal aku nak cite pasal pari-pari dan pari-pari yang aku maksudkan kat sini bukanlah pari-pari yang ade sayap,terbang-terbang pastu ada tongkat ajaib macam dalam cite bawang putih bawang merah tu..just aku nak sinonim kan pari-pari tu sebangai sesuatu yang sentiasa menolong kite..sesuatu yang ade bile kite perlukan dia,buat kita happy bila kite sedih and sanggup buat ape pun untuk kita..kalau dalam ketegori manusia aku rase susah nak jumpe orang yang sebegitu sekarang..kawan yang begitu pun aku rase susah nak cari..kalo lah anda ada kawan sebegitu sila hargai and jage friendship korang tu baek-baek kerana korang tergolong dalam golongan mereka yang bertuah..

aku rase aku tergolong dalam yang bertuah itu kerana aku ade kawan-kawan yang selalu ada untuk aku..kawan baek yang selalu sokong aku and tak pernah lupa kat aku..walaupun dalam kehidupan bermasyarakat kami ini tidaklah tergolong dalam golongan manusia yang terlalu baek,sopan santun,lembut budi bicara dan seangkatan dengan nya tapi kami masih ada untuk satu sama lain no matter what happen..mereka-mereka ini aku simbolik kan sebagai pari-pari dalam hidup aku

aku jugak rase aku lebih prefer berkawan dengan orang yang mengaku terang-terangan mereka itu tidak baik berbanding mereka yang selalu berpura-pura baik..bermuka-muka,selalu berkata-kata manis dan menabur janji-janji palsu umpama menabur dedak untuk makanan itik..aku rase memang banyak pun spesis camtu skrg,tapi biarkanlah mereka..as a human being aku respect mereka sebangai satu spesis dengan aku..kita tak boleh nak paksa orang ubah perangai dorang,,jadi lebih baek kite belajar menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan sebab kita kena ingat yang kita ni bukanlah baik sangat untuk nak judge sesama kita..dan kalau kita tak puas hati sangat pun dengan seseorang tu lepaskan je ketidak-puas-hatian itu kepada sesiapa yang kau percaya dan kalau lebih berani face to face sahaja dengan orang yang kamu tidak puas hati itu,tapi selepas beberapa hari cuba latih diri untuk memaafkan mereka..pasti hati akan menjadi lebih tenang nanti..

aku sangat respect dengan mereka yang tidaklah kelihatan terlalu baek tapi hakikatnya mereka lah yang ade untuk hiburkan hati kita yang sedang berduka lara and menghulurkan bantuan bila diperlukan..walaupun kadang-kadang its take some time tuk kita realize bahawa ape yang meraka lakukan itu adalah untuk menggembirakan kita..and kadang-kadang kita tak sedar pun ngan kebaikan yang mereka buat itu..actually its soo sweet anyway:)..mereka yang begini juga boleh di simbolik kan sebagai pari-pari yang aku mention di atas..

lastly,bagi aku pari-pari sebenar dalam idup aku pastilah my family and especially my mum..really love them till the end of my life:)

Sabtu, 8 Mei 2010

Pengharapan

da lame aku tak rase sungguh-sungguh berharap camni.
jadi kali ini dengan sepenuh hati dan sepenuh jiwa raga aku sangat-sangat la berharap yang aku lulus semua subjek aku sem ni..TOLONGLAH AKU TAK NAK REPEAT PAPE PAPER!!
whuaa!!!!!kecewenye aku ngan diri sendiri yang asyik berpoye-poye tanpa memikirkan mase depan..

dan biaselah da lepas exam mesti aku akan cakap kat diri aku yang "aku nak jadi rajin sem depan,JANJI!!!"..
sudahlah-sudah,sian kat diri aku asyik kene tipu je..maafkan saye ye diri sendiri(-_-)"

bukan tak nak jadi rajin beb,tapi cakap senang ar..buat tengok..hesh,kagum sguh aku tengok mereka-mereka yang rajin study ni..ape la ek yang mendorong mereka untuk jadi rajin..nak kate kalo ade bf baru jadi rajin,bru ade semangat nak study la kunun-kunun nye..but sorry,it doesn't work on me..dolu ade bf aku bermalas-malasan juga..pastu orang cakap kite akan berubah kalo kite pernah keciwa,jatoh and mngalami kegagalan dalam idop..and dalam kes aku,bukan takat jatoh,da siap tersungkur and tergolek dog lagi..jadi wujud persoalan di sini..

walaupun skrg aku di kelilingi oleh mereka-mereka yang rajin dan seharusnya aku terpengaruh dengan kerajinan mereka tapi aku rase aura malas teman-teman terdahulu terlalu kuat mempengaruhi aku..even dorang berada jauh dan kami masing-masing telah membawa haluan sendiri mngikut minat masing-masing walaupun last sekali kite semua sedar yang kite masing-masing da tersalah pilih course tapi ikatan persahabatan yang terlalu kuat membuatkan aku masih terpengaruh dengan kemalasan mereka..jadi kepada oryo, joshee and mimi TOLONGLAH jangan bermalas-malasan lagi demi mase depan aku..

Khamis, 6 Mei 2010

Lagu Cinta Untukmu




lagu ni siyes bez tapi lirik dye ade bape baris je

"inginku buat lagu cinta untukmu
agar ko boleh cuba rasa perasaan ku,
inginku tulis lirik cinta untukmu
agar kau boleh cuba rasa perasaan ku"

lirik yang sangat simple tp..(hahahaha)
kalo camni aku pun boleh jadi penulis lirik


p/s:sape cakap aku hati kering,aku layan okay lagu jiwang(sambung gelak)

sisa-sisa perjuangan

di kala semua membe-membe aku sedang berseronok di rumah aku plak sedang menguatkan semangat yang sudah sedia kala lemah ini untuk menghadap dua lagi paper..

sangat tekanan..tapi linda bertabah lah..jawab je la ape yang ko tau..yang tak tau biarkan je..target aku,asal lulus sudey..gile da berputus ase ni..

rancangan untuk cuti sem kali ni kunun-kunun nak amek lesen tapi maybe tak jadi..perlu melunaskan tangungjawab dengan menjaga anak buah aku kat hospital..marilah bersama-sama doakan semoga sakit anak buah aku tu cepat sembuh..tak sanggup nak tengok dye saket:(

okay linda,tak mau sedih-sedih..bertabahlah!!!:)

marilah teruskan perjuangan anda wahai linda

Khamis, 22 April 2010

rase pelik yang singgah

feel like missing something yg tidak tahu ape yg hilang dan ape yg di rindu..tibe-tibe dan tanpa di undang(tak malu sungguh!org tak undang pun!)..bila ade rase kurang senang di hati pastilah nak buat apa-apa pekerjaan pun sudah tiada mood bukan..tapi KENAPA MESTI MALAM INI..malam yg mane aku da set otak aku untuk menghabiskan derive semua equation geodasy,paper first untuk exam aku:(

mungkinkah aku terasa kehilangan rakan study yg suke pakse-pakse aku study..suda dua hari beliau lepak di rumah aku dan tanpa putus asa memaksa aku..tapi petang tadi beliau sudah pulang semula ke tempat asal beliau iaitu rumah sewa beliau sendiri..sampai hati ko anne:(..sape lagi nak paksa aku and memekak kat telinga aku suroh derive equation yang tapape tu:(

ataupun mungkin kerana aku rase kehilangan button 'Become a fan' kat facebook..hish,begang tahu,kenapa button tersebut ditukar pada button 'like'..suda hilang keseronokan untk press dat button:(

takpun rase rindu mahu pulang ke kampung halaman tempat tumpah darah ku..sudah sebulan satu minggu hokay aku tak balik..gila lame!!..mak aku cakap duduk diam-diam kat sini..tak ade duet buat care tak duet,tak yah ngade-ngade nak balik..sampai hati:(..tapi skrg da ade duet,mak cakap pulak..duk sane diam-diam.blajar,da dekat nak exam..da la exam aku lmbt lg abes..cemburu melihat teman-teman seperjuangan yg lain sudah beransur pulang ke rumah:(


iya ke sebab ni???*hati kecil ku berbisik





okay lah malas da nk bg alasan untuk sembunyi rase yg sebenar..
kau tahu linda,juz admit it..
hati kecil berkata:ye aku mngaku(-_-)"

kalau ngaku awal-awal kan senang,tak payah ko duk buang mase pikir alasan untuk rase yg aneh ini.
tak payah nak susah kan hati sendiri and cari alasan kunun-kunun takde mood nak study.
tak payah susah-susah nak wat ikon ":(" byk-byk kat entry ni.
tak payah susah-susah nak suruh kawan baik ko pujuk hati ko dengan bagi msg suspen seperti ni..

"dear,bz ke?nid u badly:("
suspen tak kalo ko dpt msg camni?hahahaha
sory babe,saje nk manje-manje ngan ko..geli pula ngan ayat "manje-manje" tersebut..hahaha
walaupun beliau sebenarnye suda dapat agak apa aku rase.
yelah,betol la tu ape ko cakap :D


lega bila da jumpa ape sebab dan mngaku ngan sepenuh hati
jadi mood untuk study sudah tiba..marilah study ye linda,byk lg equation yg menanti untuk di derive..NO MORE EXCUSE HOKAY!



p/s:tapi macam da lewat malam pulak skg..esok je la study (x_x)

Ahad, 18 April 2010

on my way to believing..



paramore-the only exception
sangat gile ngan lagu ini and video clip ini..tolonglah kenalkan aku ngan lagu baru(-_-)"

Khamis, 15 April 2010

Sesuatu yang perlu diluahkan

berani-berani nye aku mengupdate blog di kala esok aku ade test photogrammetry..subjek yang aku langsung-langsung tak paham..yang kalo aku gi kelas dye,aku buat-buat angguk tanda paham dan berdoa dalam hati sungguh-sungguh supaya lecturer berkenaan tidaklah mengajukan soalan kat aku..dan di kala ini juga terdapat banyak lah lagi report yang tak siap-siap walaupun sudah hampir tiga malam aku tak tido dalam usaha menyiapkan nya..hadoy aii..rindunya aku kat diri aku yang dulu..aku yang sanggup tak tido malam semata-mata nak siapkan assignment ini bukanlah diri aku yang sebenar..sungguh aku sebenarnye berpura-pura rajin je skrg ni..

tapi aku rase berpura-pura atau hipokrit ini kadang-kadang perlu..dan dalam kes-kes tertentu aku rase ia lebih sesuai dianggap sebagai menyesuaikan diri..ye,skrg aku dalam usaha nak menyesuaikan diri dengan enviroment dan orang keliling..cube terima hakikat hidup aku skrg tak setenang dulu dan se rilex dulu..cube terima orang-orang keliling aku sekarang tak sama dengan orang-orang yang aku kenal dulu..cube terima kos yang aku amek sekarang even kos ni tak berapa kena ngan jiwa aku..

menyesuaikan diri ngan orang kat keliling ini aku rase tersangat lah penting..contoh nye lah kan,kalo ko buat keje grouping dan ahli group ko itu rajin, tak kan lah ko nak jadi si penjual ikan yang pemalas bukan(penjual ikan=selfish)..dan contohnye ko lihat ade kawan ko ngah dalam kesusahan dan sangatlah memerlukan bantuan tapi ko tegar menjadi si penjual ikan tanpa menghulurkan sebarang bantuan ngan alasan ko tak nak pure-pure buat baik dan kunun-kunun ko pegang prinsip,"kadang-kadang perlu untuk selfish demi kebaikan diri sendiri"..helllooo!!!dah kata selfish mmg lah untuk kebaikan diri sendiri tak kan kebaikan org lain pulak kan..ish,tak paham betol aku ngan si pencipta perinsip berkenaan..eh,eh jap aku rase macam teperli orang pulak di sini..HAHAHA,maaf,serius tak berniat..okaylah tuka contoh lain..contoh nye lah kalo ko ni sorang rockstar,tak kan ko nak gi majlis khatam quran bawak gitar kot ngan alasan imej rock itu penting bagi melambangkan anda seorang rockstar..hmm,contoh ni macam over pulak aku rase..

pape je lah kan,tapi yang penting sekarang aku sedang memaksa diri menjadi rajin kerana ahli group aku sangat lah rajin sehingga aku terasa segan hendak bermalas-malasan..(terasa nak nyanyi lagu wonder pet lak tibe-tibe=ape yg penting?kerjasama)..terima kasih kat andi norliyana dan nur hannan,melihat anda berdua rajin membuat aku di sini menjadi rajin juga..semoga rajin yang berpura-pura ini akan menjadi rajin yang sebenar suatu hari nanti..lupa plak nak mention name ahli group lg sorang,nasir,krg kecik hati pula beliau ini..kepada yang tak di mention sile terasa ngan sindiran di ats ;)..orang lain yang baca entry ni dan yang terasa diri anda sama dengan perumpamaan di atas sila terasa juga ye..hesh,ko nak cari gadoh ye linda..(T.T)

Khamis, 8 April 2010

Rase Excited Yang Makin Pudar




wahai hidetoshi nakata yang tampan,saya tak dapat bayangkan world cup tanpa kehadiran dan kelibat kamu..pasti suram sahaja nanti :(

dulu aku minat gile beliau ini..sampai emosi terlampau time jepun kalah mase wold cup dulu..gile la weh time zaman sekolah,zaman jantung maseh kuat nak tahan debaran nak tunggu wisel penamat..sekarang pastilah jantung tak kuat lagi..tengok malaysia vs vietnam dulu pon aku tak sanggup nak tengok sampai abes..

kapada mimiey norman aku mengaku di sini akulah perempuan yang minat bola kerana kekacakan player nye..tapi aku tengok gak pe skill dorang maen,siap komen lagi..kalo ade pemain yang tidak berapa kacak gagal dalam menjaringkan gol pasti aku akan komen dan marah-marah cakap beliau itu tidak tau menggunakan peluang keemasan yang ada..laen pula kisahnya kalau pemain yang kacak pula tidak berjaya pasti aku akan maafkan lalu berkata, 'tak ade rezeki nak wat cam ne', tak pon 'siotlah goal keeper ni,asal hebat sangat'..~~tak adil bukan..

wahai joshee dan ainatul jangan pernah lupa pejuangan kite nak tengok world cup kat bilik tb mase kat samura dulu..sanggup mintak permission warden nak tengok tb kul 2,3 pagi..ingat lagi kite boleh tengok tapi tak leh wat bising..gile la weh nak tengok bola tak jerit-jerit..jadi inisetip yang diambil ialah tekup mulut ngan bantal pastu jerit-jerit..busuk gile prangai..sanggup pas prep terus lari-lari gi bilik tb..sebab nak tengok bola sanggup je bangun kul 2,3 pagi tapi sebab nak belajar?..cuba lah korang bayangkan kalau semangat juang nak tengok world cup itu kita praktik kan dalam pelajaran pasti result SPM kita akan hebat bukan..

tapi tu dulu,zaman kanak-kanak belasan tahun dulu..sekarang setelah usia semakin bertambah dan aku sudah semakin matang(wat muke matured habes),minat itu semakin pudar..tengok bola pun sekarang dah tak de pasaan..lagipun sekarang aku sudah tidak punya rakan-rakan seperjuangan lagi,tak kan nak rase excited tengok bola sorang-sorang kot..tak pun mungkin aku kene tunggu melaka masuk final piala malaysia baru aku berminat balik kot nak tengok bola..tapi macam mustahil je kan

Selasa, 6 April 2010

soalan kenapa tidak harus di persoalkan

kadang-kadang tak sume kite nak akan dapat..yang paling kite nak tu lah yang selalunya kite tak akan dapat..perit nak terima tapi kadang-kadang kene gak telan pastu tampal senyum lebar-lebar..

dan bile sudah dengan rela hati kite dah decide nak lepas kan satu benda tu..KENAPA DIA MESTI NAK DATANG BALIK MEMBAWA SEGUNUNG HARAPAN(ececey ayat ini tak boleh bla pula ak rase)..(-_-)'

tapi keputusan hati telah dibuat dan biarkanlah..memang lah keciwa lau tak dapat ape yang kite nak tapi cukup la keciwa kejap je..ratap lame-leme bukan leh buat kite dapat pun apa yang kite nak..and ade sesetengah benda tu kita usaha camne pon kite tak kan dapat jugak..jadi aku dah lepaskan semua rase itu dan buang jaoh-jaoh..mungkin kita da memang patot jadi kawan je..ikut saje jalan yang dah ditetapkan untuk kita..dan aku sudah boleh terima kamu hanya sebagai kawan aku tanpa ade apa-apa rase kat hati..jom jadi kawan tanpa pura-pura sambil kumpul kenangan manis sebagai kawan bersama..


agak-agak nanti dah tua,da ade anak cucu semua,bile aku ingat kamu akan boleh buat aku senyum..senyum tanpa gigi,mesti comel nanti..

Ahad, 4 April 2010

dua(2) situasi berbeza satu(1) impak yang sama

situasi satu(1)

Awak bagi saya aiskrim. Saya ambik. Saya makan. Saya gembire. Saya pergi.

maaf =(


situasi dua(2)

Awak bagi saya aiskrim. Saya ambik. Awak tumpahkan kat baju saya. Saya lempang awak. Saya gembire. Saya pergi.

padan muke =)


p/s:kenapa hati mesti nak ade lagi pada si tumpahkan aiskrim..sudahlah tu linda(X_X)

Ahad, 28 Mac 2010

Pertandingan Tarik Tali

dolu-dolu time sekolah suke gile aku tengok orang maen tarik tali ni..tak pon time ade family day,aku rase tarik tali ni cam da jadi acara wajib dlm list je..aku pena masuk tak ek tarik tali ni?emm,rasenye tak penah kot..takat tukang jerit-jerit kunun-kunun nak sorak tu penah la..

tapi siyes kalo tengok orang masuk tarik tali ni memang bersemangat gile..nak-nak yang sanggup berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir..wa salute lu beb..

sebab...

kalo aku yang masuk pertandingan seumpama ni..kalo da dekat 15 minit bertungkus lumus tarik tali tu ngan penuh semangat and harapan yang menggunung untuk menang,pasti lepas tu aku menyerah kalah..lepaskan je tali tu..walau kalah sekali pon aku pasti akan puas hati tengok pihak lawan yang bersungguh-sungguh menarik tali itu tergolek kerana aku tibe-tibe lepaskan tali tu..hahahaha..PADAN MUKE!!..kalah dan menyerah kalah adalah berbeza..walaupun aku akhirnye menyerah kalah tapi aku tak jatuh tergolek dan rase saket..cume rase kecewe la kot sebab kalah kan..tapi comfirm lepas pekena tomyam ngan air laici kat mane-mane kedai mamak pasti rase keciwa itu hilang..berbanding ngan si pemenag yang mungkin rase sakit yang jatuh tergolek tu akan sembuh dalam beberapa hari..

Sabtu, 27 Mac 2010

Kesayangan Hati

entry kali ni aku dedicate untuk anak buah kesayangan hati aku Nasrul Ikhwan(kalo anak buah lain terbace entry ni sile jelez)..ape pon jenis saket kamu itu,busu doakan kamu cepat sembuh..i always pray the best for you..muge tuhan kurangkan sedikit sakit yang kamu tanggung tu..

to my sis,Norleala..moge kamu juga tabah,kami ade untuk kamu..selalu ade..kalo nak mintak tolong ape-ape just say it..kalo boleh tolong,pasti orang akan tolong..PROMISE!!!

sembuh cepat!!..kalo kamu saket,sape lagi nak saketkan hati busu ngan pangai kamu yang degil tu

Isnin, 22 Mac 2010

si kecil impakmaksima

ketika aku sedang menulis entry ini emosi aku sungguh-sungguh lah tidak stabil..kerana benda kecik yang bagi aku sangat lah membri effect kat hati aku..sungguh rase putus ase untuk terus meneruskan hasrat hati..bende kecik yang sepatotnya aku tak hiraukan pon tak pe..tapi tah pe hal aku nak gak hirau kan..

tapi perlu diketahui kadangkala bende kecil boleh memberi impak yang besar kat idop kite..boleh tinggal kan memori manis,pahit,masam ataupun masin..macam tadi,kerana teringin sangat makan laici kang yang sedap kat seksyen 2 shah alam,aku bersama rakan kelas ku terpaksa meredah hujan yang sangat lebat ketika pulang dengan hati yang puas setelah dapat menikmati semangkuk laici kang tersebut..dan setelah alang-alang basah kuyup itu,aku dan seorang rakan ku mengambil keputusan untuk berhujan walaupun ada laluan berteduh sepanjang perjalanan ke rumah sewa kami itu..kalau demam lepas ni sile tepuk tangan kuat-kuat untuk aku..lihat,bende kecik tapi impaknye besar bukan?..nak contoh lagi??..okay aku malas nak taip,maklumlah ngah emosi..sile pikir sendiri ye..

esok ade test cadastral surveying..mari baca buku ye linda..owh,sudah lame kirenya aku tidak menelaah pelajaran..rindu pula..serius aku rindu ni...

Sabtu, 20 Mac 2010

I'm a diva..SO WHAT???

pernah dengar pasal bisness e-mol?..aku benci gile bisness yang nak cepat kaye camni..tak payah la nak buktikan kat aku kekayaan ko dapat from that bisness..lantak ko la weh..bagi aku tak kan la senang-senang nak dapat duet camtu juz dengan cari org bawah..pasti ade pihak yang di tindas,kalo tak mane nak dapat sumber duet tu..berkat ke weh?

tadi ade kawan aku ajak gi makan,katenye da lame tak jumpe..siap sanggup cari kerete nak jmput aku..aku plak ngan penoh inesen nye gi la..ye ar kawan lame kan,lgpon dari sem lepas dye ajak aku tak nak..mule-mule okay la borak-borak..pastu dye bawak sorang membe pempuan dye,name syikin..kawan aku tu laki..aku ingat memang membe dye,skali pempuan tu nak promot aku masuk bisness tu..peh,terbakar beb aku..aku tau yang dorang akan pakse aku juin bisness tu,classmate and roomate aku pernah kene..aku awal-awal cakap aku tak minat..macam-macam la pempuan tu cakap nak yakin kan aku..sume aku bidas..

syikin:linda tak nak rase nak dapat duet lebih ke?
linda-wat-muke-diva:nak duet lebih mintak kat parents
syikin:tak rase menyusahkan dorang ke
linda-wat-muke-diva:umur camni memang patot menyusahkan parents kot
syikin:tak rase nak bagi parents duet sndri and balas jase dorg ke?
linda-wat-muke-diva:insyaallah satu hari nanti..tapi bukan ngan care ni kot.
syikin:nanti da abes blaja tak takot tak dapt kerje ke?
linda-wat-muke-diva:tak kesah kot..tak de rezeki nak wat camne
syikin:kalo join bisness ni bole jamin life linda lau tak dapat kerje nanti..(pastu dye cite la pasal kejayaan and kekayaan dye la kunun)
linda-wat-muke-diva:ohh,tahniah la..tapi sory saye memang tak minat la..cite la pape pon

aku paling tak boleh bla dye cakap ade kawan dye anak orang kaye tapi juin bisness ni..alasan membe dye tu,membe dye sedar diri yang kekayaan tu parents dye punya bukan dye..WTH..nak cakap aku tak sedar diri la tu..gi mampos same ko..aku abeskan duet parents aku ke ape ke,lantak aku la..ade aku gune duet ko?

tak sampai tiga minit pempuan tu da give up ngan aku..pastu datang la dalam lima orang laki kat meja aku tu..aku memang da nak ngis da time tu..tapi still wat muke diva..siyes time tu memang aku harap la ade orang ley selamatkan aku and bawak aku bla dari situ(kecewe sebab badman tak wujud)..ketua dye tu cam nak yakinkan aku la..aku ngan penoh biadap nye maen msg..pastu dye tanye aku buat-buat tak dengar..aku cakap aku nak balik ngan kawan aku tu..tapi dye cakap dengarlah lima minit mamat-mamat tu nak cakap..lima minit la sgt,ingat aku tak tau,selagi aku tak setuju nak juin korang akan push aku and tak kasi aku balik..aku tau la weh,da ramai cite pasal taktik kotor korang..tiga kali aku cakap aku nak balik tapi membe aku tu suroh tunggu..dan dengan penoh biadap lagi+sambil wat muke diva+tiada ciri-ciri wanita melayu langsung aku bangun and bla gi tempat parking kerete..padahal time tu dorng ngah cakap bersungguh-sungguh..memang aku wat drama la kat situ..da la ramai gila orang kat restoren tu dan kebanyakan dorang lelaki and kebanyakan dorang jugak kroni bisness e-mol ni la...aku yakin je bla camtu je..lantak la weh,aku pedulik ape..buat ape nak respect orang cam korang..gune taktik kotor camtu..ingat aku sorang je pempuan time tu aku takot(sebenarnye memang takot pon,sape tak takot beb,da la malam)..aku pun tak tau la mane aku dapat keyakinan camtu..

time kat parking kerete tu aku pun call la kakak housemate aku suroh tolong datang amek(suare time tu memang da nak ngis da)..pastu kawan aku tu pon datang lah,cakap dye nak antar aku balik..ngan penoh bengang nye aku cakap tak payah..tapi melihatkan kesungguhan dye mintak maaf pe sume aku pun balik la same ngan dye,lgpun tak nak la menyusahkan kakak housemate aku tu..lagi satu bende yang tak ley bla,sebelum balik ade sorng mamat kat situ cakap kat aku jangan bagitau kat orng laen pasal hal ni..

linda-takabesabes-wat-muke-diva:tengoklah dulu(sambil terus masuk dalam kerete)

dalam kerete memang terok ar membe aku tu kene maki..amek ko,,maen-maen ngan aku..tapi bile pk balik sian gak membe aku tu..mesti dye malu gile ngan bos-bos dye tu..ye ar bawak membe kuang ajar+blagak diva cam aku..well,aku memang camtu..jangan nak cari pasal ngan aku..aku bukan budak hingusan lagi yang boleh kene tipu ngan mamat celcom yang pakse beli number celcom 5+1 dulu..korang nak cakap aku kuang ajar ke ape ke lantak lah..aku tak akan kuang ajar ngan orang tanpe ade sebab..parents aku pon bagi didikan kat aku gak untuk respect orang tapi bukan untuk orang yang tamak+pemikiran kotor cam korang..

p/s:kepade membe aku tu sory ar maki ko..aku boleh paham la kenape ko wat camtu..tapi aku tak ley trime ko tipu aku..sile jangan wat camtu lagi kalo ko rase tak nak hilang kawan..sorry ar wat ko malu

Khamis, 18 Mac 2010

rasional yang tak rugi

skrg aku da mampu nak pk ngn rasional
satu kejayaan yang mampu buat hati aku sedikit tenang
:)

Ahad, 14 Mac 2010

mari tampal seukir senyuman


hati terase saket sangat,tapi bibir still senyum

ketawa bahak-bahak,pretend seperti tiada apa-apa rase yang tersembunyi

menjadi si pelakon yang kunun nye tiada perasaan

kadang-kadang rase saket hati sampai takde mood nak teruskan kehidupan

but,my mom owaz told me to forgive everyone

dan salah satu rahsia awet muda ialah sebelum tido maafkan sume orang

yeeaahh!!!ade tips di situ

lukis senyum atas kertas then tampal kat mulut

bertahanlah linda selagi ko mampu

dah tak mampu nanti buanglah semua rase tu jaoh-jaoh

sebab ko pun sendiri tahu and sedar

ape yang ko rase sebenarnye

eh eh,jap jap

ape aku rase ek?

hesh,confius lah!!!!!!

(X_X)


Jumaat, 12 Mac 2010

matlamat hidup jangka pendek

sekarang aku da setting matlamat idop aku..selame ni aku cam hidup tak ade cite-cite,but now matlamat jangka pendek aku ialah mahu lulus semua subjek aku semester ni..tak nak la kene repeat pape paper and aku nak graduate on time..ye ar aku pun cam da rugi setaon kat matrik dolu..so,tak mahu la rugi another year..

dan sekarang aku cuma tinggal lebih kurang sebulan nak speed kan otak aku yang da berkarat ni..nak kene polish lagi..tak tau la sempat tak nak wat sume lam mase sebulan ni..poning pale otak..banyak gile bab yang lecturer da cover kat class yg aku tak paham langsung-langsung..hesh!..tak baek mengeluh linda..usaha tak, mngeluh lebih..tu la orang melayu..jadi at least sekarang aku yakin yang aku ni melayu sejati *O_o..

moge matlamat jangke pendek aku ni tercapai..dan jike berkata pula tentang matlamat jangka panjang..aku nak jadi suri rumah and kawen ngan orang kaya<--ada sorang classmate aku yang sengal percaye aku cakap camni kat dye..agak-agak la weh..blaja penat-penat tak kan nak duduk rumah je beb..aku pon kalo boleh nak la pat keje best-best,gaji best..tapi kerjaya ape aku nak ceburi tak tahu la lagi..nanti da dekat nak abes degree baru aku pikir nak keje ape..yang penting aku nak keje kat melaka je..nanti boleh tolong jage parents aku..ye la kan,dulu kecik-kecik da penat dorang jage aku..so,turn aku plak nak balas jasa dorang:)..

nak jadi nerd camni boleh??

Khamis, 11 Mac 2010

Jgn Jadi Seorang Pembunuh

da lame kirenye ak tidaklah mengupdate blog ku ini..tah la..sejak pulih dari virus denggi ni aku makin malas lak nak on9..fb pun cam da berabok aku tgalkan..berkata ttg denggi ini,inginlah aku nasihatkan kamu di luar sane berhati-hati lah..jgn biarkan nymuk aedes yg tidak bermoral itu gigit anda..tak pon banyak-banyak kan lah minum air tuk menjamin kesihatan anda..saket woo kene amek darah hari-hari..lagi tambah saket hati yang amek kan darah tu doktor pelatih..ayat femes dorang time amek darah aku "mane urat awak ni,susahnye nak nampak"..hey you doktor,pengawai perubatan ngan nurse amek darah saye rilex je jumpe urat..tak payah lah nak salahkan urat aku tak nampak ke ape..ape salahnye kalo cakap camni, " maaf ye,saye doktor pelatih,tak mahir lagi bab-bab amek darah ni"..bukankah itu lebih enak didengar oleh pesakit seperti aku..

okay stop cite pasal denggi..berbalik pada tajuk di atas..aku rase skrg aku da boleh paham and tak heran kalo ade orang tibe-tibe pengsan time tengah jalan atau pun sedang bercakap..terlalu manis boleh membunuh..aku sangat lah setuju ngan pernyataan itu..ye,macam pesakit diabetes yg berpunca dari pengambilan gula yang berlebihan oleh pesakit..tekanan darah rendah juga tak silap aku disebabkan oleh gula yang manis..kalo tak silap lah,tapi kalo silap anggap je lah betul ye..dan orang yang ade tekanan darah rendah ni kerap dan tersangat lah mudah untuk pengsan..okay,kali ni aku pasti..

jadi kepada anda-anda diluar sana,di sini inginlah aku mnyarankan bahawa janganlah anda sesekali mahupun acap kali mnyuakan atau memberi sesuatu yang manis kat orang laen..jangan jadi pembunuh dalam diam..sungguh orang yang terbunuh itu pasti merasa saket..tak pasal-pasal ko nanti akan menjadi pembunuh pulak..tak pun ko boleh menjadi sebab untuk orang pengsan secara tibe-tibe..ingat, tak sume orang boleh terime benda yang terlalu manis..jadi sentiase lah ingat yang terlalu manis itu boleh membunuh!

Ahad, 28 Februari 2010

DON'T BELIEVE THAT I CAN FLY


sekarang aku sedang rasional kan diri

tak mahu terbang terlalu tinggi kat awangan

sebab aku tahu camne rase saket kalo jaoh terhempas

jadi sekarang aku sedang cube mendarat perlahan-perlahan

tak pun terbang lebih rendah

kalo jatoh tak la saket sangat


Khamis, 18 Februari 2010

Such A Waste

cuti seminggu kali ni aku bawak balik byk gila buku..last aku bawak balik buku banyak banyak camni time cuti mase form two dulu..pastu aku tak sanggup nak tipu dri sndri dah..tak de maknenye aku nak study kat rumah..nak tgk aku study kat hostel pun adalah setaon beberapa kali je ni plak kat umah..ada mak aku pengsan tengok aku nanti,buang tebiat bukak buku..

so,balik kali ni aku mmg brsemangat gile nak study..tak tipu,mmg semangat membara gile..kalah semangat pemain bola sepak malaysia nak lawan vietnam dulu..tapi arini da ari khamis dan satu helai muka surat pon aku tak bukak lagi.semangat ada tapi kekuatan nak bukak buku tu tak sampai sampai lagi..tapi kali ni aku tak salahkan diri sendiri cuz aku yakin diri aku tak bersalah..nak study time siang tak boleh cuz panas gile..tak dapat concentrate..nak study malam lak bukan aku tak nak tapi tah la pe masalah aku skrg,start kul sepuloh je mata aku da ngantok..aku da try da minum nescafe la kunun nye nak stay up..tapi ngntok gak..aku rase ni gara gara mata aku nak balas dendam cuz da sebulan lebey tak cukup tido..okay mata,saye tak salahkan awak,saya paham itu..

lagipun cuti kali ni agak tak bez cuz ada sekor mahluk yang sangat menyakitkan hati aku ada kat umah..bile tah nak berambos..bla la weh..saket mata aku tengok muke ko yang bajet+cover cun tu..aku yang tak yah cover cun ni pon lagi cun ar dari ko sebab tu ko saket ati and jelez ngan aku kan..asal tak duduk kat hospital tu lame lagi,nyemak je kat umah parents aku ni yang ko pena cakap ko tak kan jejak kaki ko lagi..booo sama ko,cakap tak supe bikin..aku rase ko masuk sepital tu pun cuz ko byk salah kat aku..dan jangan la sekali kali ko beranggapan yang aku datang melawat ko tu sebagai tanda aku da maafkan ko..aku pergi pon atas dasar aku homat abang aku selaku ayah ko..aku bukan mintak ko sujud pon kat kaki aku..cukup ko mintak maaf ngan penoh rase bersalah..tak cukup ke taraf aku selaku adik kepada ayah ko untuk ko tunjuk kan sedikit rase hormat ko kat aku..tau la beze umo kite sikit je..ko bole tengking aku..paling tak bole bla ko tengking mak aku..aku pun tak pernah wat camtu okay..ikut kan mulut aku yang leser ni nak je aku report kat ayah ko,tapi selamat mak aku yang baek hati tak kasi(kenapa la aku tidak mewarisi sifat terpuji ini)..aku tak penah rase saket hati and benci orang camne aku benci ko..
jap jap jap..asl aku ter emo lak ni..okay,kool linda..kire ni pun salah satu reason aku tak ley study cuti ni la kan..ececeh..alasan itu..;)

okay malam ni aku nak minum dua cawan nescafe cuz satu cawan tak bagi effect..
semoga aku berjaya..
kepada mata aku yang mengada-ngada..agak-agak la nak topup tido pun..da lima hari da pun cuti..

Rabu, 17 Februari 2010

beautiful pain





" Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia. Aku pilih derita "






p/s: saya rase saya saket

Ahad, 14 Februari 2010

Kegilaan Yang Tidak Jemu

*aku sedang gile lagu ini,walaupon lagu ini suda hmpir setaon dalam laptop aku tapi baru sekarang aku gile*

by: paramore - when it rains

And when it rains
On this side of town it touches everything
Just say it again and mean it
We don't miss a thing

You made yourself a bed
At the bottom of the blackest hole

And convinced yourself that it's not the reason
You don't see the sun anymore

And oh, oh, how could you do it?
Oh I, I never saw it coming
Oh, oh, I need the ending
So why can't you stay just long enough to explain?

And when it rains
Will you always find an escape?
Just running away
From all of the ones who love you
From everything

You made yourself a bed
At the bottom of the blackest hole
And you'll sleep 'til May and you'll say
That you don't want to see the sun anymore

And oh, oh, how could you do it?
Oh I, I never saw it coming
Oh, oh, I need the ending
So why can't you stay just long enough to explain?

Take your time
Take my time

Take these chances to turn it around
(Take your time)
Just take these chances, we'll make it somehow
And take these chances to turn it around
(Take my)
Just turn it around

And oh, how could you do it?
Oh I, I never saw it coming
Oh, oh, how could you do it?
Oh I, I never saw it coming

Oh, oh, how could you do it?
Oh I, I never saw it coming
Oh, oh I need an ending
So why can't you stay just long enough to explain?

You can take your time
Take my time