Sabtu, 2 Oktober 2010

kesibukan bukan alasan untuk tidak tampak bergaya

Tengok tajuk pun da nampak gah bukan. Aku nak ingat kan awal-awal entry ni bukanlah tips-tips untuk tampak bergaya atau seumpamanya. Entry ni untuk membuktikan yang hidup dalam kesibukan itu sebenarnye bergaya. Tak percaya?? Sila lihat bukti-bukti di bawah.

CONTOH 1 :

paris hilton: linda jom hang out weekend ni. da lame la kite tak lepak sesame.
linda : sory la babe,macam tak bole je.aku kene turun site la weekend ni.

notes: Cube korang ulang dialog aku tu. Ha,tampak bergaya bukan. Tu baru gune ayat turun site belom lagi gune ayat melawat tapak projek.


CONTOH 2

zac efron : eh linda,asal ko da jarang update blog?
linda:aku takde mase la nak pk ayat nk update blog,sibuk pk nak siapkan assignment skang.

notes:ayat educated seperti sibuk siapkan assignment kadang kala bole tampak bergaya bukan.


CONTOH 3

Kita akan jadi sibuk kalo hidup kite banyak komitmen. Tak kire betapa tak gune nye korang di masa silam kalo korang kena tanggung banyak komitmen automatically ko akan jadi bertanggungjawab tetiba. Bila da jadi orang bertanggugjawab sekali lagi automatically ko akan jadi lebih matang. And guess what, matang tu bukankah tampak bergaya.


Da la tu cukup je la tiga contoh. Ni pun amek masa tiga hari aku nak update. Aku memang bz nak mampus sekarang. Owh,aku arap korang jangan salah paham yang contoh-contoh kat atas adalah kata-kata penyedap hati sebab aku terpaksa tanggung banyak komitmen. Tak. Memang tak. Tolong percaya. Ha ha ha(okay tolong jugak percaya ni gelak ikhlas).

Isnin, 27 September 2010

cis bedebah sungguh!!



hanya satu ayat simple ngan nada tak berperasaan mampu buat aku rase bahagia di awang-awangan sampai sekarang. Bodoh!!!!..sangat.noktah.






Ahad, 19 September 2010

better late than never



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN


walaupun lambat dan ucapan yang begitu ringkas tapi ketahuilah aku betol-betol eklas. hari raya adalah mase untuk mintak maaf secara random tanpa perlu specifickan ape jenis kesalahan kau kalo ko tak berani.haha.jadi bemaaf-maafan lah di hari raya untuk tampak lebih bergaya.owh,sebelum mmafkan orang lain maafkan juga diri sendiri jangan lupa.


notes:ape motif gambar di atas terasa geli kan melinatnye.haahaha.owh,gambar ini di ambil setelah sebulan berpuasa dan sebelum aku melantak makanan-makanan yang mengemukan.jadi jangan tertipu ya adik-adik.


Sabtu, 4 September 2010

jangan tanya aku sebab aku takde jawapan

keras macam batu pehal tah kan.

Jumaat, 3 September 2010

ayuh kembali ke sekolah.

assalammualaikum.
di bulan puasa ni kene la mulakan entry dengan lebih sopan dan beradap bukan.

hari ini mari kita bercerita tentang sekolah. aku rase sekolah adelah tempat paling dirindui bagi sesiapa yang tidak bergelar pelajar sekolah lagi. cis,pehal aku rase ayat aku macam bodoh and tak best langsung ni. maaflah,aku tak ingat lagi rupenye camne nk menulis. tapi teruskanlah membaca okay.

dah hampr 4 taon aku tinggalkan zaman persekolahan. aku rase zaman sekolah lah zaman paling best, tak payah pikir banyak-banyak benda, jumpe kawan-kawan yang best, and banyak lagi la kan yang best. jangan malu nak mengaku,korang pun rase camtu gak an. tapi tapi tapi. kalo tanye aku nak kembali ke sekolah balik ke tak, mestilah aku jawab tak nak hokay. tak semua benda kat sekolah menggembirakan. meh cek checklist yang aku buat kat bawah ni.

10 things i hate about school

1. perhimpunan/row-call/perjumpaan.
2. bangun pagi.
3. uniform sekolah.
4. pengawas.(ha ha ha)
5. prep.
6. rules yang tahapehape.
7. kepochi.
8. ceramah.
9. senior.
10.kelab/persatuan/badan beruniform(ceh,patot ni no.1 aku letak)



benda paling aku rindu mase sekolah dulu adalah menjadi seorang yang kurus. bile tah kan nak kurus cam dulu balik.