Jumaat, 31 Disember 2010

Menarik Sepanjang 2010

TIADA!!!!

Haha memang plain gile la idup ko Linda. Memang tak de benda yang menarik taon ni. Aku rase aku banyak habis kan taon ni ngan pujuk hati aku yang aku tak salah pilih kos sambung degree. Setelah tiga semester baru la aku macam da boleh terima kenyataan yang kos aku ni memang macam taik. Penat gila, menyusahkan, hitam kan kulit. Tapi best jugak sebab enjoy ape turun site tengah-tengah panas, pegi ukur lot perumahan time bulan puase. Memang nampak bergaya lah weh.

Taon 2010 ni jugak aku rase aku da macam dewasa sikit. Kalau orang kate aku perasan pun aku nak jugak cakap aku da dewase yelah kan da 21 taon.


Taon depan da 22 taon. Ohh tidak 22 taon okay. 22 TAHUN. Dan aku masih tiada hala tuju hidup (T.T)



Happy new year semua. :)



p/s: Azam aku same macam taon lepas. Ape azam aku taon lepas? Same dengan 2 taon lepas. HAHA

Selasa, 28 Disember 2010

Anak Mak Aku

Anak mak aku mungkin tak sebagus anak kamu yang :

-pakai tudung labuh
-baik budi bahasa
-sopan santun
-berjimat cermat
-sentiasa mendengar kata
-cemerlang dalam pelajaran
-fokus dalam pelajaran
-tidak suka membuang masa seperti lepak bersama teman-teman
-sanggup mengorbakan usia remaja. huh?
-tidak menyusahkan ibu-bapa

Sepatutnya kamu bersyukur dapat anak sebaik itu bukan nya kutuk anak mak orang lain. Dan sesekali cuba tanya anak kamu apa yang dia mahu bukan apa yang kamu mahu.

Mungkin sebab tu aku jadi anak mak aku dan bukan anak kamu sebab kalau aku jadi anak kamu mesti kamu akan mengalami tertekan dalam idup. Haha




Terima kasih dan maaf sebab tak dapat jadi anak yang boleh di banggakan dalam kalangan saudara-mara. Tapi anak-anak Latib ngan Hendon cantik-cantik dan kacak-kacak ape, ade jugak la kan benda nak di bangga kan. Eh?? haha



p/s: Aku harap xde saudara-mara aku yang baca blog ni peliz

Jumaat, 24 Disember 2010

Tak Tahu La Nak Luahkan Camne Tapi Memang Sedih

Sedih kan bila benda yang ko nak sangat-sangat tapi tak dapat.
Pastu hilang tanpa jejak pulak tu.

Sedih, Sedih, Sedih, Sedih, Sedih, Sedih, Sedih, Sedih




Kan aku da cakap tak tau nak luahkan macam mane.

Khamis, 23 Disember 2010

Pakai Baju Kurung Dan Terus Tampak Sopan Dan Ayu


Kannn.
Tu baru pakai baju kurung pakai bedak ngan lip balm.
Belum mekap tebal-tebal siap pakai eye shadow celak lipstick blusher maskara ape sume. Kalo pakai confirm nampak cam bapuk.

Eh kalo sesape rase nak berkenalan dengan gadis di atas pasti kan semayang lima waktu cukup dulu ye. Kacak dan bekerjaya itu satu bonus. Ahahaha





p/s: HENSEM MUDA BEKERJAYA owhhh kenapa la practikal ni abes cepat sangat. HAHAHA

Sabtu, 11 Disember 2010

kalo bandingkan result aku ngan taik mesti tak dapat nak beza kan

Nak ingatkan aku bukan jenis orang yang dapat 3.00 pastu meraung cakap result teruk. Rase nak lempang kan. Kalau aku cakap result aku teruk memang betol-betol teruk. Tapi tak pe benda da jadi kan nak buat cam ne (sedapkan ati).

Okay Pn, Faridah see you next semester :)